Monday, 7 November 2011

Kesilapan Kewangan Umum...

Berapa yang anda lakukan?
·         Kesilapan 1
Senantiasa Menangguh Untuk  Memulakan Sistem Perancangan
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa, nanti dulu, lepas khawin, bila anak dah besar”, dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temujanji denga perancang kewangan bagi membaik pulih pinjaman anda.


·         Kesilapan 2
Gagal Menetapkan Matlamat Kewangan dan Cara Mencapainya
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis diatas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti:
Apakah 3 matkamat kewangan anda?
Bila jangka masa pencapaiannya?
Berapa yang diperuntukkan untuk setiap bulan?


·         Kesilapan 3
Kekurangan Disiplin Untuk Menabung Secara Sistematik
Media massa kini dipenuhi dengan iklan dan propaganga bertujuan menggalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa yang dipersalahkan? Apakah system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?


·         Kesilapan 4
Kejahilan Tentang Konsep Nilai Masa (Time Value) Wang
Semua orang tahu tentang hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tidak pernah habis dibayardan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip sama,  (konsep nilai masa wang) simpanan RM 100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredir ialah 18peratus) akan menghasilkan harta RM72,000. Tetapi malangnya mashi ramai yang suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan senantiasa mrungut tidak cukup wang.

·         Kesilapan 5
Perlindungan Insurans yang Tidak Mencukupi
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnyadeposit pembelian rumah, tabung pendudikan anak, ada risiko yang menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja, kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapat?

·         Kesilapan 6
Kegagalan Menangani “Musuh” Wang Yang Utama Iaitu Inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun daripada sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah menunjukkan bahawa duit simpanan yang diambil pencaraum sewaktu umur 55 tahun habis dalam jangmasa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor 1?


·         Kesilapan 7
Keengganan Menggunakan Perkhidmatan Penasihat Kewangan Bertauliah
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan saham amanah yang tidak bersesuaian dengan dan berpadanan dengan profil penyimpan dan pelabur. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doctor dan bukannya peguam. Tidakkah logic untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?


Tindakan Susulan
Diharapkan anda sekarang tahu dimana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temujanji dengan seorang penasihat kewangan yang bertauliah…..

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment