Monday, 7 November 2011

Halangan Semasa Hidup


Dalam bab ini kita akan membincang dengan mendalam tentang kebocoran Bahagian 2 iaitu Halangan Semasa Hidup. Unsur-unsur yang terlibat dalam Bahagian 2 ini adalah:

1.       Inflasi
2.       Cukai
3.       Pelaburan yang tidak sesuai
4.       Hilang Upaya
5.       Tabiat Menyimpan untuk Berbelanja

Inflasi
Nampaknya inflasi akan tetap berada disamping kita sehingga akhir hayat. Oleh itu rancanglah agar pendapatan anda naik pada kadar yang sekurang-kurangnya sama dengan inflasi (iaitu 4 – 7 peratus setahun). Kalau kita menyimpan atau melabur untuk masa depan pula, kesan inflasi yang menyebabkan “simpanan” kita mengecut dengan lebih hebat sekali.  Oleh itu disamping skema simpanan yang biasa kita perlu juga “melaburkan” wang lebihan pada kadar pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi (dividend an bonus melebihi inflasi 4% - 7% setahun minimum). Untuk tujuan sedemikian biasanya satu jumlah wang (Lump sum) diperlukan sebagai benih akaun pelaburan anda. Atas sebab ini cubalah menyimpan secara sistematik seawal yang boleh agar wang anda boleh berkembang cepat dari kadar inflasi.

Cukai
Inflasi boleh dianggap sebagai satu cukai sejagat yang amat kejam. Lagi satu cukai yang lebih di bawah kawalan kita ialah cukai pendapatan. Pada tahap tertentu dalam kitaran hidup kita, pembayaran cukai tidak dapat dielakkan tetapi mujurlah ianya dapat ditangguhkan (tax deferred) atau dikurangkan. Buat masa ini dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa di Negara Malaysia produk-prosuk kewangan yang berkait dengan insuran dan pelaburan mempunyai insetif-insentif cukai yang menguntungkan rakyat. Jadi silalah ambil kesempatan sedemikian sebelum ianya ditarik balik satu masa kelak.

Pelaburan Yang Tidak sesuai
“Ini tidak bersesuaian bagi mereka yang berpendapatan sederhana atau banyak tanggungan”
Satu prinsip yang sering dilupai oleh pelabur ialah kalau kadar pulangan meningkat maka begitu juga dengan risikonya akan meningkat. Bagi mereka yang berada (kaya), hal ini tidak begitu serius kerana mereka boleh menahan risiko kehilangan principal/modal pelaburan disamping menunggu masa yang sesuai untuk pelaburan buruk tadi bertukar menjadi baik. Ini tidak sesuai bagi mereka yang berpendapatan sederhana atau banyak tanggungan. Ada 2 sebab. Pertamanya ialah asset-aset yang ada kini biasanya dikumpul melalui usaha yang gigih dan tidak boleh dihilangkan begitu sahaja. Keduanya ialah kalau berlaku kerugian – usaha mengatasinya akan berganda pula – contohnya satu pelaburan bernilai RM1000 jatuh ke nilai RM500 (kerugian 50%), untuk balik ke tahap asal (untung tiada rugi pun tiada tapi buang masa sahaja) pelaburan ini mesti naik balik sebanyak 100% (2 kali kerugian). Kesimpulannya ialah guna strategi yang lebih praktikal – melabur untuk keselamatan (security) dulu dan kadar pulangan kemudian.

Hilang Upaya
Di sini kebocoran yang dimaksudkan ialah jawapan kepada soalan “kalau anda hilang upaya semalam dan tidak dapat bekerja lagi, berapa lama boleh simpanan dan wang jualan harta dapat bertahan?”. Selagi asset kita belum lagi menjadi matang – kita patut menyediakan dana insurans untuk melindungi pendapatan akan datang (future income).

Tabiat Menyimpan Untuk Belanja
Simpanan untuk belanja (consumptive saving) contohnya menyimpan untuk membeli peralatan hi-fi tercanggih, tidak boleh menghasilkan satu asset yang bakal meningkatkan nilainya. Keadaan psikologi kita menyebabkan kita cenderung untuk berbelanja gaji kita untuk membayar bil – kemudian sebarang baki (kalau ada) baru ditabungkan. Tabiat ini mesti diubah serta merta kepada simpanan dahulu kemudian bayar yang lain (save first than spend the balance). Memang mungkin tak masuk akal tetapi kalau saya cabar anda untuk cuba selama 6 bulan dan lihat kesan pada tabung simpanan anda yang dahulunya selalu kontang.


Tindakan Susulan:
Apakah kebocoran yang paling besar dalam corong anda? Kalau tak faham konsep corong ini baca kembali 2 artikel terakhir berkaitan dengan FNA. Setrusnya cubalah menampal kebocoran tersebut dengan teknik-teknik yang telah anda pelajari sehingga kini.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment