Monday 7 November 2011

Perancangan Pendidikan Anak-Anak


Bahagian 1 - Pengenalan
Tidak syak lagi isu pendidikan memang diberi keutamaan besar dalam perancangan kewangan keluarga. Walaupun wujudnya bantuan dan pinjaman daripada pihak tertentu, Cuma mereka yang bernasib baik sahaja akan memperolehinya.

Tambahan pula kos pendidikan sudah semakin meningkat dan situasi ini boleh menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa tentang kemampuan sebenar mereka. Perjalanan seribu kilometer bermula dengan langkah pertama. Tetapi anda mesti tahu di mana hala tuju anda. Berikut beberapa soalan yang dapat membantu:
1.       Apakah jurusan dan Universiti yang bakal anak anda pergi?
2.       Adakah jenis program tersebut melibatkan ijazah pertama di seberang laut, program berkembar, program luar negeri yang dijalankan di Malaysia atau university tempatan?
3.       Bagaimana mengira jumlah yang perlu disimpan setiap bulan?
4.       Dimanakah tempat simpanan yang paling sesuai?

Berapa banyak yang perlu disimpan?
Katakan kos pendidikan untuk pengajian university tempatan selama 4 tahun adalah RM30,000 setahun pada masa sekarang. Si anak pula dijangka menjejak tangga university dalam masa 15 tahun lagi. Kalau kita andaikan inflasi kos pendidikan sebanyak 5 peratus, dalam masa 15 tahun anda akan memerlukan dana pendidikan sebanyak RM249,500. Seterusnya kita perlu mengira ke belakang untuk menentukan berapa yang perlu disimpan setiap bulan. Andaikan jika simpanan anda berkembang pada kadar 9 peratus setahun maka simpanan yang diperlukan adalah RM710 selama 15 tahun. Pengiraan ini Cuma untuk seorang anak sahaja – bagaimana anak-anak yang lain atau zuriat yang akan datang?

Jangan rasa putus asa – simpan dahulu setakat mana yang terdaya biarpun tidak sampai separuh daripada RM710 di atas. Sesudah mula menyimpan gunakan disiplin agar tabung pendidikan anak tidak disalahgunakan untuk tujuan perbelanjaan lain seperti deposit kereta baru, system hi-fi baru, mencantikkan rumah dan sebagainya.

Persoalan seterusnya ialah dimana untuk menyimpan wang anda? Setiap akaun simpanan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Persoalan seperti di akaun mana dan pada kadaran berapa bergantung kepada tahap risiko yang sanggup ditanggung, jangka masa simpanan dan tahap kecairan dan kelenturan yang sesuai dengan anda.

Gunakan Konsep Kepelbagaiaan
Atau dalam erti kata lain tanamkan duit anda dalam lebih satu akaun. Sekiranya anda seorang yang bersikap konservatif yakni tidak mahu menanggung risiko maka elakkan menggunakan saham sebagai akaun utama. Ini adalah kerana saham bersifat kitaran dan sudah tentu anda tidak mahu saham anda berada dalam tahap kitaran menurun di saat duit diperlukan.

Tetapi kalau semua wang dimasukkan dalam akaun bank yang memberikan pulangan yang rendah (yang biasanya lebih rendah dari inflasi) nilai atau kuasa belian wang akan mengecut. Ini juga tidak baik. Kalau jangka masa simpanan anda agak panjang – anda tidak boleh terlau berhati-hati sehingga tidak mahu menanggung sebarang risiko. Anda mesti mempelbagaikan sumber simpanan anda agar dapat memperolehi pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi. Lagipun strategi begini akan memastikan yang jika satu akaun tidak memberi prestasi yang diharapkan, akaun lain boleh membantu dan begitu juga sebaliknya.

Katakana anda sudah mempelbagaikan wang simpanan untuk anak-anak. Bagaimana pula dengan jaminan dan sumbangan anda akan terus berjalan walaupun anda tidak dapat mencarum lagi? Kes begini memang sering berlaku di mana si pembayar (ayah atau ibu) meninggal dunia, hilang upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal. Jadi akaun-akaun anda wajib melibatkan unsur-unsur untuk menjamin kesinambungan dana pendidikan anak-anak anda sehingga sampai tarikh matang.

Satu contoh portfolio simpanan untuk anak anda ialah 1/3 dalam bank atau amanah saham kerajaan, 1/3 lagi dalam polisi insurans pendidikan dan 1/3 lagi dalam unit amanah jenis seimbang (balanced fund). Anda boleh meminta seseorang perancang kewangan untuk mengirakan perkadaran yang sesuai berdasarkan situasi anda. Kemudian setelah membuka akaun-akaun berkenaan bersedua untuk pergi ke langkah seterusnya iaitu pemantauan.

Pemantauan secara seragam
Keadaan ekonomi dan pasaran kewangan sentiasa berubah – begitu juga dengan kos pendidikan semasa anak anda membesar. Aspirasi anak mungkin akan bertukar daripada impian menjadi doctor kepada angkasawan. Kadang-kala anda mungkin ketandusan wang atau pendapatan bersama menjadi pendapatan tunggal. Dalam situasi ini anda boleh mengurangkan simpanan tetapi jangan lupa untuk menokok kembali bila sahaja keadaan mengizinkan. Satu cadangan strategi pemantauan adalah – lakukan setiap 3 tahun dan bandingkan pulangan purata pulangan yang diharapkan. Lihar juga kadar inflasi – adakah ianya sama dengan anggapan asal atau semakin meningkat. Jika akaun anda melibatkan saham atau dana unit amanah jenis pertumbuhan (growth fund) pemantauan yang lebih teliti diperlukan. Contohnya katakana anda mula melabur pada ketika indeks saham adalah pada 650 mata. 3 tahun kemudian indeks saham meningkat pada 1000 mata – ertinya anda keuntungan besar – jadi kutip hasil keuntungan dan mulakan pelaburan dengan modal selepas ditolak keuntungan tadi.

Kesimpulan ialah dana pendidikan anak tidak patut dilihat sebagai tempat untuk berspekulasi dan meraih keuntungan besar. Pastikan objektif sebenar dana ini dan jangan dedahkan kepada risiko yang sia-sia. Ambil risiko yang bersesuaian dengan profil kewangan dan wawasan anda. Adalah tidak mungkin untuk tidak mengambil risiko langsung kerana kos inflasi pendidikan yang tinggi akan menghakis wang simpanan anda di masa hadapan.

Tindakan Susulan
Kalau ada peluang lawatilah pameran atau ekspo pendidikan yang ada berhampiran tempat anda. Biasanya peristiwa begini dihadiri daripada wakil-wakil dari pihak institusi pendidikan tinggi baik tempatan mahupun luar negeri. Sepatutnya ibu bapa mengambil innersiatif untuk mendapat gambaran sendiri tentang “peta” laluan yang bakal dihadapi oleh anak mereka. Jangan tunggu sehingga si anak sudah tinggal setahun nak masuk baru nak cari maklumat. Pada masa ini sudah tentu perancangan untuk tabung pendidikan sudah terlewat sangat.


Bahagian 2
Jenis-Jenis Dana Pendidikan
Dalam aertikel ini kita akan melihat dengan lebih mendalam jenis-jenis akaun yang boleh dibuka untuk dana pendidikan selain daripada akaun bank yang biasa. Pada pendapat saya akaun simpanan biasa untuk anak anda lebih sesuai digunakan sebagai tabung kecemasan jangka pendek daripada sebagai dana pendidikan. Kita renungkan 2 kaedah pertama iaitu dengan membeli harta-tanah dan melabur di dalam unit amanah.



Kaedah Pertama – Membeli Harta Tanah atau Rumah
Harta-tanah (property) secara tradisi merupakan satu kaedah penyimpanan yag sesuai dengan syarat anda mempunyai wang deposit yang cukup dadn factor masa (yakni 5 tahun hingga 10 tahun). Antara petua pengiraan congak yang digunakan ialah “satu anak bersamaan dengan satu rumah teres”. Terdapat juga kos-kos tambahan yang perlu anda kira seperti kos kemasukan (duti setem dan yuran guaman) kos keluaran seperti cukai harta sekitanya dijual kurang daripada 5 tahun. Harta tanah boleh diberi dengan harga yang murah tetapi ada kemungkinan mencari pencarian penyewa boleh menjadi satu masalah.

Dari segi kecairan penjualan harta tanah ketika sampai masa untuk ke university tidaklah semudah mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pelaburan seperti unit amanah. Ia biasanya mengambil masa kadang-kadang ada halangan seperti tidak dapat membuat pindahan hak milik, bakal pembeli terkial-kial mencari pinjaman atau harga belian tidak dapat dipersetujui. Oleh itu mereka  yang ingin menggunakan kaedah simpanan ini perlu ada “back-up fund” untuk membiayai perbelanjaan awal sementara menantikan proses jual beli selesai. Satu langkah berjaga-jaga adalah menjual harta tanah tadi dalam masa 2 tahun sebelum duit pendidikan benar-benar diperlukan.

Harta tanah contohnya rumah boleh dijadikan sebagai “back-up fund” untuk dana pendidikan yang lain. Contohnya anda merancang untuk menyimpan bagi kursus guaman di university tempatan alatnya ialah “ASB”. Sepuluh tahun kemudian anak anda mendapat tawaran jurusan perubatan di luar negeri dan duit dalam dana tersebut tidak mencukupi. Maka anda boleh membuat “refianance” rumah anda atau menjual rumah anda untuk menetap dirumah yang sederhana. Ringkasnya kalau anda mahu membiayai pendidikan anak menggunakan harta tanah, buat sedikit penyelidikan, dapatkan sedikit nasihat dan kaji lokasi dengan teliti.

Kaedah Kedua – Melabur dalam unit amanah (Unit Trust)
Kaedah ini ternyata sangat berkesan melawan inflasi pendidikan (sekitar 5-7 peratus setahun) disamping berkemungkinan memperoleh pulangan yang tinggi. Terdapat 2 strategi pelaburan yang boleh digunakan iaitu pelaburan sekali gus (lump sum investment) dan pelaburan secara (regular investment). Pelaburan secara berkala mengggunakan idea pemurataan kos ringgit (dollar kos averaging) dalam strateginya.

Contoh jadual strategi pelaburan menggunakan pemurataan kos ringgit
Bapa A dan Bapa B masing-masing mempunyai modal pelaburan yang sama iaitu RM10,000. Jangkamasa duit pendidikan akan diperlukan adalah dalam masa 10 tahun akan datang. Bapa A memilih untuk melabur secara sistematik RM1,000 setiap tahun dan Bapa B pula memilih untuk melabur secara tidak seragam mengikut ragam pasaran (market timing) secara “lumpsum”. Pada akhir tahun ke sepuluh mereka menjual balik pelaburan mereka pada harga yang sama.

Tahun
Harga Belian Seunit
Sumbangan Bapa A
Bilangan Unit Bapa A
Sumbangan Bapa B
Bilangan Unit Bapa B
1
0.85
1,000
1,176
5,000
5,882
2
0.70
1,000
1,429
2,000
2,857
3
0.60
1,000
1,667
-
-
4
0.54
1,000
1,852
-
-
5
0.50
1,000
2,000
-
-
6
0.58
1,000
1,724
1,000
1,724
7
0.62
1,000
1,613
-
-
8
0.78
1,000
1,282
2,000
2,564
9
0.82
1,000
1,220
-
-
10
1.10
1,000
909
-
-
Jumlah

10,000
14,871
10,000
13,028
Purata Harga Belian


10,000 / 14,871
=
0.67 seunit

10,000 / 13,028
=
0.77 seunit

Nilai Tebus Semula Unit Pada Akhir Tahun Ke 10
Bapa A                  14,871 unit x RM1.10 = RM16,358
Bapa B                  13,038 unit x RM1.10 = RM14,331

Kesimpulannya:
Pertamanya Purata Harga Seunit Bapa A (0.67) adalah kurang dibandingkan Purata Harga Seunit Bapa B iaitu (0.77). Keduanya ialah Nilai Tebus Semula Unit Bapa A melebihi Bapa B. oleh itu strategi kos pemurataan ringgit, walaupun tidak menjaminn keuntungan, tetapi dapat memberikan potensi mendapat keuntungan yang sederhana tanpa bergantung kepada turun naik harga unit saham. Ini tidak bermakna yang strategi Bapa B tadi tidak berkesan. Dalam contoh di atas Bapa B nampaknya melabur pada masa yang kurang tepat. Dengan berbekalkan sedikit pengetahuan dan system pemantauan yang baik beliau boleh membaiki lagi kedudukannya.

Salah satu factor yang perlu dipertimbangkan apabila memilih jenis unit amanah yang sesuai sebagagai pelabura untuk dana anak anda adalah risiko yang mampu anda ambil. Bolehkah anda tidur lena setelah anda memilih unit amanah yang berkesan? Factor kedua pula adalah berapa banyak masa anak anda ada. Sekiranya masanya panjang seperti 15 tahun, anda boleh memilih unit amanah yang lebih aggresif iaitu Dana Pertumbuhan (Growth Fund). Sekiranya jangka masa lebih pendek (contohnya 5 tahun) anda boleh gunakan campuran 2 akaun – satu akaun unit amanah yang lebih konservatif seperti Dana Pendapatan (Income Fund) dan Dana Pertumbuhan (Growth Fund) dan selebihnya di dalam akaun seperti Amanah Saham daripada pihak kerajaan.

Kelemahan kaedah ini ialah tiada unsur perlindungan yang memastikan wawasan pendidikan tercapai sekiranya berlaku sesuatu. Berbanding dengan produk insurans / takaful, unit amanah tidak mempunyai unsur perlindungan secara terus. Untuk mengatasi kekurangan ini satu strategi ialah mendapatkan insurans termurah (iaitu insurans bertempoh – term insurans). Contohnya wawasan pendidikan seorang ayah ialah RM60,000 dalam masa 10 tahun. Sekiranya beliau memilih untuk melabur dalam Dana Pertumbuhan (yang memberikan kadar purata sebanyak 15% setahun) maka beliau perlu menyimpan sebanyak RM380 sebulan. Pada masa yang sama beliau mengambil insurans bertempoh 10 tahun yang memberikan perlindungan sahaja (tanpa apa-apa simpanan) sebanyak RM60,000. Dengan cara ini jika berlaku kehilangan upaya kekal atau kematian katakan selepas 6 bulan mula menyimpan – akaun pendidikan tadi akan mempunyai RM60,000 (dari insurans) ditambah dengan wang 6 bulan hasil pelaburan tadi.

Tindakan Susulan:
Kaji kembali jadual perbandingan diantara Bapa A dan Bapa B. fahami betul-betul kenapa dalam kes ini keuntungan Bapa A melebihi Bapa B? kalau anda memang berpengetahuan dalam pelaburan dan sedia menerima kerugian sementara maka pilihlah strategi Bapa B yang melabur mengikut rentak pasaran. Jika nasibnya baik Bapa B mungkin mampu memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda. Tetapi jika anda lebih bersifat “selamat” dan kurang berpengetahuan maka gunakan strategi Bapa A yang melabur secara sistematik untuk satu jangka masa yang panjang. Walaupun keuntungan sedehana sahaja, tetapi kurang sikit pening kepala. Bagi mereka yang berani dan mempunyai wang yang banyak, bolehlah memilih kaedah yang pertama iaitu melabur dalam harta tanah samada dalam negeri atau luar Negara. Tetapi waspadalah dan buat kajian terpeinci terlebih dahulu.


 
Bahagian 3
Anda telah mengkaji beberapa alat kewangan atau system simpanan yang boleh digunakan untuk mencapai impian anak anda dalam kerjayanya. 2 kaedah telah saya perkenalkan iaitu secara membeli harta tanah dan kaedah kedua adalah dengan membeli unit amanah. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Dalam kaedah kes unit amanah saya telah membandingkan secara jadual 2 strategi pelaburan iaitu kes pemurataan kos ringgit (dollar cost averaging) berbanding dengan strategi lump sum. Kesimpulannya – kos pemurataan kos ringgit walaupun tidak menjamin keuntungan, tetapi dapat memberikan potensi untuk mendapat keuntungan yang tinggi bergantung kepada turun naik harga unit saham. Kaedah ini juga lebih sesuai bagi mereka yang tidak arif atau sengaja tidak mahu mengikuti pergolakan pasaran saham setiap masa. Seterusnya diperkenalkan dengan kaedah ketiga iaitu insurans.

Kaedah Ketiga
Insurans atau Takaful
Pemilihan kaedah ini ialah untuk menjamin bahawa wang pendidikan anak tetap ada walaupun sipembayar tidak dapat menyimpan akibat 3 perkara, kematian, hilang keupayaan kekal dan diagnosis jenis penyakit yang membahaya.

Dalam sebarang plan insurans biar berapa menarik sekalipun, ingatlah bahawa perlindungan lebih diberi keutamaan berbanding simpanan atau pelaburan. Dengan adanya peelbagai produk insurans di pasaran dan strategi pemasaran yang aggresif oleh agen-agen, anda mesti belajar memilih produk yang betul daripada terpikat dengan teknik jualan atau “pujuk rayu” professional.

Katakana anda memillih kaedah insurans – maka ada 2 jenis pada dasarnya. Yang pertama ialah jenis yang bertempoh (endowmen atau takaful) panjang jangka masa biasanya 10 tahun ke atas. Polisi endowmen juga mempunyai unsur jaminan bahawa bonus yang diisytiharkan setiap tahun akan dikekalkan apabila matang. Semasa matang juga syarikat akan memberikan “hadiah” (maturity bonus) kerana setia dalam menyimpan dalam tempoh tersebut. Disamping pemberian bonus unsur perlindungan yang disebutkan di atas memberikan jaminan  yang begitu utuh. Namun yang mendukacitakan ialah kadar pulangan purata yang rendah iaitu sekitar 4-5% setahun sahaja, yang mana adalah di bawah paras inflasi pendidikan (iaitu sehingga 6-7%).

Oleh itu syarikat insurans cuba menyelesaikan dilemma ini dengan jenis kedua iaitu dengan mempunyai akaun perlindungan dan akaun pelaburan yang dikaitkan bersama digelar “investment-link” (IL).

Produk insuran pendidikan tradisional sememangnya mempunyai unsur perlindungan yang padu. Namun begitu kadar pulangan purata yang rendah iaitu sekitar 4-5% sahaja yang mana adalah di bawah paras inflasi kos pendidikan. Oleh itu syarikat insurans cuba menyelesaikan dilemma ini dengan mencipta produk canggih dengan akaun perlindungan dan akaun perlindungan dan akaun pelaburan yang dikaitkan bersama – digelat “Investment Link” (IL).

Jika anda memilih IL maka ketahuilah anda terpaksa berkorban sedikit untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih tinggi. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah risiko pelaburan dan pemilihan dana (investment risk) kini dipindahkan sepenuh kepada anda. Pihak pengurus dana (iaitu syarikat insurans) Cuma bertanggung jawab manguruskan dana-dana di bawah penyeliaan mereka. Jadi anda boleh memperolehi pulangan yang tinggi sehingga boleh menyaingi pulangan daripada ASN+B tetapi risiko pengecutan wang tetap wujud.

Dengan kaedah IL ini, konsep pemurataan kos ringgit amat digalakkan dimana jumlah simpanan yang tetap akan dilaburkan setiap bulan. Ya, memang prinsipnya sama dengan pelaburan di dalam unit amanah. Besanya ialah “premium allocation” yang bererti tidak semua wang anda akan digunakan untuk pelaburan sepenuhnya, tetapi kakan diagihkan membiayai kos insurans dan kos operasi syarikat (termasuk komisen agen). Sebagai contoh katakana syarikat insurans X menetapkan kadar “premium allocation” nya sebagai 40% tahun pertama, 60% tahun kedua dan 100% bagi tahun ke tiga dan seterusnya. Katakan anda menyimpan RM1,200 setahun di dalam tabung pendidikan IL yang mempunyai faedah-faedah seperti berikut:
1.       Perlindungan kematian dan hilang upaya kekal
2.       Perlindungan kemalangan untuk Juvenil
3.       Perlindungan 36 penyakit merbahaya untuk Juvenil
4.       Pengenepian Premium (Simpanan Percuma) jika pembayar meninggal, hilang upaya kekal atau mengidap salah satu daripada 36 penyakit merbahaya
5.       Tabungan pelaburan dalam dana seimbang (pulangan purata tahunan sebanyak 9% setahun)

Jadi dalamTahun 1 RM480 (40% daripada RM1,200) akan diambil untuk diagihkan bagi membiayai kos perlindungan dan bakinya dalam tabung pelauran. Katakan semua jumlah kos perlindungan ialah RM300 – maka RM480 tadi RM180 (RM480 ditolak RM300) akan digunakan untuk membeli unit-unit dana pilihan anda. Ini pun tidak semua RM180 akan digunakan kerana terpaksa ditolak yuran pengurusan dana tetapi jangan khuatir yuran ini amat kecil. Bahagian 60% dari RM1,200 akan diperuntukkan untuk membayar kos-kos operasi syarikat dan komisen agen. Dalam tahun 2 ceritanya sama sahaja – dalam tahun 3 barulah 100% daripada RM1,200 akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai kos perlindungan dan selebihnya kepada pelaburan. Jadi jika memilih kaedah IL ini, lihat jadual “premium allocation” yang diwajibkan pendedahannya dalam sebarang “brochure” atau alat jualan. Syarikat insurans X – contoh yang saya berikan di atas tidak wujud – dalam realitinya “premium allocation” yang mencapai 100% Cuma boleh dinikmati dalam tahun ke 5 atau ke 6 bergantung pada syarikat dan jenis plan IL mereka.

Selain daripada tabung pelaburan yang sedia digunakan untuk anak anda – ada plan IL yang menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan tanpa penjamin atau kertas kerja yang remeh (keistimewaan ini boleh ditukar di bawah penyeliaan dan arahan Bank Negara Malaysia). Memang ada bunga tetapi pinjaman ini tidak ada kaitan pertalian dengan tabung pelaburan tadi.

Kebaikan besar IL disamping darjah fleksibilitinya (anda boleh menaikkan atau mengurangkankadar simpanan dan saiz perlindungan) ialah pulangan modal yang cepat (dengan syarat anda sentiasa memantauperstasi dana). Untuk illustrasi katakana satu polisi endowmen tradisional direkabentuk untuk memberikan dana pendidikan sebanyak RM250,000 dalam masa 15 tahun. Kita tidak akan memperdulikan nilai premium/simpanan yang diperlukan – kalau nak beri nilai katakanlah X ringgit. Adalah dianggarkan bahawa pulangan modal (jumlah wang yang d=sudah dimasukkan) akan dicapai selepas 15 tahun. Maksudnya kalau berhenti lebih awal gerenti rugi punya. Sebaliknya satu polisi IL yang mempunyai wawasan kewangan yang sama boleh memberikan pulangan modal yang lebih cepat yakni selepas 10 tahun. ANDAIAN PENTING: DANA YANG DIPILIH IALAH JENIS AGGRESSIF DAN REKABENTUK POLISI IL MESTILAH DILAKUKAN DENGAN BETUL.


Bahagian 4 (Akhir)
Perbandingan dan Rumusan
Tiga kaedah utama penyediaan tabung pendidikan anak telah saya perkenalkan iaitu secara membeli hartanah, membeli unit amanah dan kaedah insurans tradisional dan insurans investment link (IL). System takaful pendidikan juga merupakan satu alternative yang sesuai dan mustahak terutamanya bagi mereka yang inginkn dana perlindungan dan dana pelaburan yang diuruskan 100 % mengikut syariah. System takaful juga memastikan bahawa pembayaran zakat dilaksanakan secara dalaman mengikut peraturan yang sepatutnya. Sekarang mari kita banding 3 strategi yang paling praktikal dan tidak memerlukan banyak karenah dalam jadual di bawah.

Berdasarkan jadual di atas diharap anda dapat membuat keputusan yang bijak berkenaan dengan jenis strategi yang paling sesuai untuk anak-anak anda dan wawasan kewangan anda. Sekiranya anda mempunyai lebihan wang anda boleh mula dengan Strategi A dulu dan kemudian berpindah ke Strategi C. Strategi C biasanya memerlukan simpanan minimum sekitar RM50 ke RM100 sebulan. Jika anda tidak mampu anda boleh bermula dengan strategi B dan menokok secara beransur-ansur sehingga layak membuka akaun ke Strategi C.

Perbandingan strategi Penyimpanan Pendidikan Anak
Perkara
Strategi A
(Menggunakan Unit Amanah, ASB dan Bank)
Strategi B
(Menggunakan Polisi Insurans Tradisional)
Strategi C
(Menggunakan Polisi Insurans IL “Investment Link”)
Tabung Perlindungan Kematian dan Hilang Upaya Kekal
Tiada
Ada
Ada
Tabung Kemalangan Juvenil
Tiada
Ada
Ada
Tabung Perlindungan 36 Penyakit Merbahaya
Tiada
Ada
Ada
Tabung Perlindungan Penyakit Juvenil
Tiada
Tiada
Ada
Pengenepian Premium (Simpanan Percuma) jika pembayar meninggal, hilang upaya kekal atau mengidap salah satu 36 penyakit berbahaya
Tiada
Ada
Ada
Pengeluaran Wang
Bila-bila masa tertakluk kepada syarat berapa banyak baki minimum yang mesti dikekalkan
Tertakluk kepada syarat dan kontrak misalnya sejumlah RMX setiap tahun – sebarang pengeluaran lain sebelum matang akan dianggap sebagai pinjaman hingga interest 7-8% setahun
Bila-bila masa tertakluk kepada syarat berapa banyak baki minimum yang mesti dikekalkan dalam bentuk unit contohnya RM2,000
Pemilihan Dana Pelaburan
Tidak banyak pilihan
Tiada pemilihan
Ada pemilihan yang luas
Islamic Fund
Ada
Tiada
Ada
Kadar Pulangan Purata Tahunan
Daripada serendah 4% sehingga 15%
Rendah biasanya 4-6%
Bergantung kepada jenis dana – boleh mencapai sehingga 15%
Opsyen Sekiranya simpanan Tergendala
Tiada penalty
Sekiranya kurang daripada 3 tahun kontrak boleh dibatalkan – kalau ada nilai tunai (cash value) boleh pinjam untuk bayar premium
Unit-unit boleh ditebus untuk membayar premium
Relief Cukai Pendapatan (sehingga RM3000)
Tiada
ada
Ada
Jangkamasa Simpanan
Tiada had kecuali unit amanah 5 – 15 tahun
10 hingga 20 tahun
5-20 tahun

Jika anda ada 3 orang anak (contohnya yang berusia 1, 6 dan 12 tahun) anda boleh merancang untuk ketiga-tiganya sekali dengan membuka akaun di Strategi C atas nama yang bonus (sebab dia yang boleh tunggu paling lama). Anda kemudian boleh mengeluarkan wang dengan menjual unit untuk anak anda yang sulung selepas 5 tahun disamping terus menabung untuk 2 orang anak lagi sehingga tiba giliran yang tengah. Anak bongsu akan menerima habuannya bila sampai tahun matang selepas kedua-dua abangnya telah menghabiskan pengajian masing-masing.

Tindakan Susulan:
Apa lagi – sesudah mendapat pengetahuan berkaitan dengan strategi tabungan pendidikan di atas, lekaslah buka satu akaun pendidikan untuk anak-anak anda. Sebarang ibu-bapa samada kaya atau tidak, mampu memberikan satu anugerah yang amat tinggi nilainya kepada anak-anak mereka itu peluang pendidikan tinggi. Berbanding dengan zaman lepas, sumber pembiayaan pendidikan tidak boleh diharapkan kepada kerajaan semata-mata. Peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas. Soalnya apakah anda sebagai seorang ibu-bapa mampu menjawab apabila suatu hari anak anda dengan bangga menunjukkan keputusan cemerlang serta surat tawaran kemasukan ke Universiti dan meminta wang pembiayaan dari anda? Sanggupkah anda menenggelamkan atau menghancurkan harapan kerana tidak mengendahkan hal perancangan pendidikan 10 tahun lepas?

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment