Monday, 7 November 2011

Pengenalan Kepada 7 Langkah Kursus Kewangan Kilat

“Pujangga cina Confucious mengatakan perjalanan seribu batu bermula dengan langkah kanan yang pertama. Mari kita bersama-sama mengambil langkah yang pertama dalam perjalanan kebebasan kewangan anda”

Tidak kira samada anda lulusan sekolah  pondok, buta matematik atau hampir muflis, beranikan diri anda untuk mengikut 7 langkah ini. Untuk memberi semangat anda dan teman anda boleh melakukannya bersama. Gambaran menyeluruh ketujuh-tujuh langkah diperkenalkan terlebih dahulu. Dan kemudian dalam artikel seterusnya setia langkah akan dipersembahkan supaya anda boleh melakukannya sendiri. Kursus kewangan kilat ini diasaskan kepada teknik serta kaedah sebenar yang digunakan oleh perancang kewangan professional yang biasa mengenakan bayaran RM2000 untuk laporan penuh. Jadi ambil peluang ini untuk mendapat bimbingan percuma, Cuma diharap tidak jadi sampai kodok mendapat bunga sekuntum.

Tangga untuk titian langkah anda?


7 Langkah Secara Tertib

·         Langkah 1
Menentukan kedudukan kewangan sekarang
Peringkat ini memerlukan 2 ukuran:
o   Nilai Aset (Aset di tolak liability) samada positif atau negetif
o   Alir Tunai Bersih (Pendapatan di tolak perbelanjaan) samada positif atau negetif

·         Langkah 2
Menetapkan matlamat kewangan
Mengenalpasti dan menulis wawasan kewangan anda. Tulisan amatlah penting kerana ini akan membuatkan anda lebih komited. Contoh ringkasan seperti:
o   Mengenal semua hutang kad kredit dalam setahun
o   Menyimpan untuk tabungan pendidikan anak untuk 17 tahun
o   Menyimpan untuk modal perniagaan dalam masa 2 tahun

·         Langkah 3
Menyediakan rancangan tuju
Sebarang pelan yang dirancang untuk memenuhi matlamat di atas harus fleksibel, mudah cair (liquid) dan “bijak cukai” (tax advantageous)

·         Langkah 4
Menyimpan rekod
Mustahak untuk 3  sebab utama:
o   Lambat laun perbelanjaan atau yang berkaitan dengan kewangan perlu digunakan untuk percukaian taksiran sendiri atau permohonan pinjaman
o    Anda bileh mengenalpasti dan mengawal aliran wang tunai anda
o   Sebagai perbandingan kepada langkah seterusnya iaitu belanjawan anda

·         Langkah 5
Menyediakan belanjawan
Pada permulaan belanjawan anda hampir sama dengan rekod alir tunai anda (dari langkah 4) tetapi besanya ia bukan satu “sejarah” cara anda membelanjakan wang tetapi satu rujukan untuk apa yang anda rancang untuk berbelanja.

·         Langkah 6
Membaik pulih hutang piutang
Adalah sukar untuk hidup bebas hutang di zaman moden ini, lagi pun pemilikan rumah memaksa kita terikat dengan pinjaman jangka panjang. Namun begitu kita masih boleh mengawal/mengurus hutang dengan teknik seperti pinjaman semula (refinancing). Menggukan kad debit bagi menggantikan kad kredit dan menggabungkan hutang-hutang kepada satu blok kredit (debt consolidation).

·         Langkah 7
Pemantauan
Sebenarnya proses ini berulang balik langkah 1 sehingga 6, mengkritik prestasi anda dan membetulkan sebarang pesongan yang mengancam matlamat kewangan anda.


Tindakan Susulan:
“pilih diantara langkah tersebut yang tidak pernah anda lakukan langsung. Kemusian lompat terus ke artikel yang berkenaan. Kalau tidak faham anda perlu baca kembali dari langkah pertama.”

Amaran:
Jangan pilih teman yang berfikiran negetif sekali pun dia teman istimewa anda!!

kita sambung di dalam artikel seterusnya....
untuk detil-detil langkah-langkah yang disebutkan...

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment