Monday, 7 November 2011

Istimewa Untuk Wanita Kuasailah Urusan Kewangan Anda

“Alaf baru jelas menunjukkan bahawa peranan wanita terhadap kewangan telah berubah. Peningkatan pelibatan mereka di dalam tenaga kerja telah menghasilkan perubahan yang ketara di dalam mempengaruhi iklim ekonomi Negara”



Berdasarkan sejarah lelaki merupakan perencana kewangan utama dan dalam banyak situasi juga membuat keputusan tentang strategi kewangan keluarga. Produk-produk kewangan pula biasanya direkabentuk dengan menggunakan maklum balas daripada situasi lelaki. Contohnya produk insurans hayat (yang bertujuan bagi menggantikan pendapatan pencari nafkah sekiranya dia meninggal dunia) semenjak 100 tahun lepas adalah “biased” terhadap lelaki. Akan tetapi pada masa kini pendapatan yang diperoleh oleh isteri akan juga menjadi punca utama untuk menentukan perbelanjaan isi rumah. Maka kini adalah penting bagi wanita untuk mempunyai perlindungan yang secukup bagi melindungi diri mereka dan keluarga. Wanita menghadapi banyak kenyataan asas hidup yang sangat berbeza berbanding apa yang dihadapi oleh lelaki. Pertimbangkan statistic di bawah.

·         Purata hayat wanita adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama daripada lelaki. Secara purata mereka akan menghabiskan akhir 1/3 dari hayat dengan tidak berkahwin, tetapi bujang; samada menjadi janda ataupun bercerai.
·         Hampir 85 peratus orang tua adalah wanita
·         80 peratus penghuni rumah kebajikan /penjagaan adalah wanita
·         60 peratus wanita tidak mempunyai pencen
·         Wanita masih lagi memperolehi pendapatan 20 peratus hingga 40 peratus kurang daripada lelaki walaupun mempunyai taraf pekerjaan yang sama
·         Diantara wanita berumur 35 hingga 55 tahun, kira-kira 1/3 dan 2/3 akan menjadi miskin ketika mencapai umur 70 tahun
·         Untuk setiap tahun yang diperuntukkan oleh wanita untuk menjaga anak, mereka mesti bekerja 5 tahun tambahan untuk mendapatkan balik pendapatan yang hilang, pencen yang kecil dan kenaikan pangkat kerjaya.
·         Di dalam satu kajian, 18 peratus wanita tidak menyimpan untuk persaraan
·         20 peratus daripada wanita tidak pernah berkahwin.

Wanita Bujang
Samada anda bujang (tidak pernah berkahwin atau bercerai tanpa anak) keperluan anda adalah lebih daripada wanita yang berkahwin. Ini adalah kerana seorang bujang anda bertanggungjawab terhadap segala masalah. Anda mungkin ada pinjaman, perbelanjaan, menanggung orang tua serta adik beradik dan lain-lain. Semua kewajipan ini tidak mungkin boleh diserahka sepenuhnya kepada ibu-bapa atau kepada orang yang tersayang. Dengan perancangan kewangan yang bijak anda boleh melindungi jaminan masa depan anda bila meningkat tua. Dan sekiranya anda berkahwi, ai akan melindungi suami dan juga mungkin anak. Jika anda memilih untuk terus membujang program kewangan anak boleh bertindak untuk menjaga persaraan anda.

Berkahwin – Dua Sumber Pendapatan Keluarga
61 peratus wanita yang berkahwin membawa pulang gaji. Suami dan isteri merupakan pasangan ekonomi bersama. Hari ini pendapatan keluarga bergantung kepada kedua-dua pendapatan, suami isteri. Untuk kehidupan yang ideal, pengetahuan kewangan yang mencukupi akan menghilangkan ketidakpastian dan membantu menjamin keselamatan kewangan keluarga anda.


Berkahwin – Suri Rumah Sepenuh Masa
Bagaimana suami dan anak-anak akan diurus tanpa mereka? 2 daripada 5 orang wanita berkahwin adalah suri rumah tangga sepenuh masa. Ini adalah mengenai perkongsian yang memerlukan usaha sama diantara 2 orang untuk membentuk fungsi rumah tangga. Perkhidmatan anda adalah amat bernilai.


Janda/Bercerai – Merupakan Ketua Rumah Tangga
Pada hakikatnya anda mempunyai tanggung jawab kewangan kepada keluarga anda. Sebagai ibu tunggal, adalah satu-satunya pencari nafkah, bertanggungjawab untuk menanggunug dan menjaga anak-anak.


Persaraan
Fakta mengenai wanita yang hidup lebih lama daripada lelaki telah memberi implikasi terhadap perancangan kewangan seorang wanita. Oleh kerana fakta ini, seorang wanita sudah pasti memerlukan wang yang lebih banyak berbanding lelaki untuk persaraan.


Rawatan Penyakit
Apapun juga bentuk penyakit (terutamanya kanser) yang mengganggu wanita seluruh dunia setiap tahun, fakta yang penting ialah pengetahuan merupakan senjata paling kuat untuk melawan merebaknya penyakit tersebut. Biasanya wanita tidak mengambil tahu tentang pencegahan, dimana pemeriksaan yang kerap dan mengesaninya lebih awal, adalah lebih baik daripada mengubatinya. Contohnya apabila kanser dapat dikesan lebih awal, peluang untuk mengawalnya dan mengubati pesakit adalah lebih cerah berbanding jika ia lambat dikesan.

Kesimpulannya
Keperluan wanita terhadap perencanaan kewangan tidak diberi perhatian yang secukupnya sebelum ini. Kesannya: kemungkinan terdedahnya kepada risiko kewangan yang amat serius serta boleh membawa kesan sampingan kepada berjuta-juta suami, kanak-kanak dan lain-lain tanggungjawab.

Tindakan Susulan:
Ayuh, bangun dan bantulah perjuangan wanita dalam membentuk dan melindungi masa depan mereka. Mulakan dengan membaca artikel-artikel kewangan, praktikkan pengetahuan anda dan sebarkan pengetahuan baru anda kepada sahabat-sahabat lain. Sebagai tunggak keluarga dan “partner” kepada pasangan anda, secara tidak langsung keadaan ekonomi keluarga akan menjadi lebih kukuh dan stabil. Dan hasilnya – keluarga yang lebih bahagia dan ceria.

rujukan : Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment