Monday, 7 November 2011

Hidup Sederhana Kunci Kebebasan Kewangan Anda

“bila kita bercakap tentang kebebasan kewangan, kebanyakan orang akan membuat andaian bahawa mereka perlu memiliki berjuta ringgit untuk mencapai impian tersebut. Jawapannya benar dan juga palsu”



Jawapan teka-teki ini bergantung kepada gaya hidup (life style) individu berkenaan. Bagi mereka yang menjalani gaya hidup materialistic, impian untuk mencapai kebebasan kewangan akan tinggal impian sahaja kerana biar berapa besar pendapatan mereka, mereka akan senantiasa mencari ikhtiar untuk membelanjakan wang mereka. Kadangkala minda mereka ini amat kreatif sekali mencari alas an yang munasabah. Sebaliknya mereka yang mengamalkan hidup sederhana mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai impian mereka.

Saya pasti anda akan mendengar atau barangkali mengenali rakan sekerja, sanak saudara atau kenalan yang berpendapatan tidak tinggi tetapi mampu untuk membesarkan keluarga mereka disamping memberikan pendidikan yang cukup kepada anak-anak. Dengan berbekalkan pendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan, entah bagaimana mereka dapat melakukannya. Aneh kita juga tahu bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 sebulan sentiasa merungut tidak cukup wang apatah lagi untuk memulakan system simpanan atau pelaburan. Jadi sebagaimana dengan adalah segala-galanya relative. Bergantung kepada pertukaran dalam cara anda berfikir, anda sudah boleh mengorak langkah pertama.

Jadi balik kepada persoalannya – berapakahyang seseorang itu perlu untuk menikmati kebebasan kewangan. Kita bernasib baik kerana tinggal di Malaysia, sebuah Negara yang begitu makmur sehingga memudahkan jalan kearah kebebasan kewangan. Ya – anda mungkin Cuma perlu RM480,000, sebuah rumah dan kereta yang dibayar penuh. Ini tidak bermakna kita mesti menunggu sehingga mencapai umur 55 tahun untuk menikmati hidup bebas hutang ini. Mengejar wang memang mustahak tetapi kita perlu juga memperlahankan irama kehidupan moden yang pantas tapi penuh dengan “stress”.

Mari kita lihat bagaimana manaa’kul jumlah RM480,000 tadi. Andaikata sepasang suami-isteri dengan seorang anak mempunyai belanjawan seperti dibawah. Umur mereka katakanlah di dalam awal 40 an dan sudahpun memiliki ruamh bernilai RM145,000 dan kereta RM45,000 yang sudah bayar sepenuhnya.

KATEGORI
TAHUNAN (RM)
Makanan
7,000
Air & Elektrik
1,800
Pakaian
1,100
Riadah
1,200
Belanja Kenderaan
3,000
Pendidikan
1,500
Kesihatan
1,800
Percutian
3,000
Tabung Pendidikan Anak
3,600
JUMLAH
24,000

Sekiranya pasangan tadi melaburkan wang mereka (RM480,000) dalam satu instrument kewangan yang memberikan sekurang-kurangnya pulangan 5% setahun (didalam mana-mana instrument unit amanah) maka mereka akan mempunyai aliran tunai RM24,000 setahun. Berapa perbelanjaan tahunan mereka? Juga RM24,000, ini bererti kalau mereka tidak bekerja pun semua perbelanjaan ditanggung beres.

Ada sesetengah daripada kita yang akan berdebat yang mengatakan hidup sederhana dengan rumah kecil dan kereta tua tak ada “kick”. Ingatlah rumah boleh dibina dengan batu-bata tetapi dihayati oleh hati atau penghuninya. Tak guna kalau rumah ada 4 bilik tetapi anak pinak menagih dadah atau jadi bohsia dan suami isteri pula tidur berasingan. Kereta pula hanya berfungsi membawa kita dari point A ke point B. kalau barang material kita kurang – kita akan lebih mempunyai lebih banyak ruang, kurang penyenggaraan dan kurang juga pening kepala.

Ada pula diantara kita akan menyoal “apa pula kata jiran, member, mak su, mertua dan …?”. Pedulikan mereka. Selagi anda menjalani kehidupan secara sederhana dan tidak banyak komplikasi itu sudah hebat! Kawan-kawan anda yang setia akan memberi anda galakan. Mereka yang lain sebenarnya cemburukan anda yang sudah berjaya menjumpai sesuatu yang diidamkan tetapi tidak dapat dinikmati. Mereka tidak sedar untuk menjadi seperti anda mereka perlu mempunyai sikap berikut:

a.       Berdisiplin untuk hidup mengikut kemapuan
b.      Percaya kepada diri sendiri dan tidak mudah mengalah
c.       Rajin menyimpan dan sabar menanti pulangan pelaburan anda untuk jangka masa panjang (simpanan pelaburan di dalam unit amanah)
d.      Kebolehan untuk menunda keinginan atau nafsu untuk memiliki sesuatu hingga benar-benar mampu
e.      Skill untuk membezakan antara “barang keperluan” dengan “kemahuan”

Dan akhir sekali perlu ada keberanian dalam untuk melakukan sesuatu di atas.

Tindakan Susulan:
Berapakah sasaran simpanan yang perlu anda capai untuk mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin seperti pasangan di atas? Masukkan angka-angka anda dalam pengiraan di atas. Katakana jawapannya RM500,000. Berapakah pula jangkamasa yang anda akan bersara atau ingin berhenti kerja secara aktif? Katakana 10 tahun lagi, jadi jikalau dalam simpanan bank biasa secara bulanan kenalah simpan RM500,000 bahagi (10 x 12) iaitu lebih kurang RM4,200 sebulan! Memang masalah besar – sebab itu kena belajar melabur dalam akaun yang pulangannya lebih tinggi dan menjanakan pendapatan kedua sementara masih bertenaga. Jawapannya anda akan tahu dalam arkitel-artikel seterusnya.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment