Monday 7 November 2011

Mengapa Rancang Tabung Pendidikan Penting

“Pendidikan yang sempurna merupakan hadiah paling murni yang seorang ibu atau bapa boleh berikan kepada anak-anaknya”


Bukan sahaja ia akan membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan serta masa depan yang cerah, pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh meningkatkan kebijaksanaan dan membuka minda anak anda kepada pelbagai idea baru. Tetapi tahukah anda hanya 3 peratus pelajar dari lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana pula dengan nasib 97 peratus pelajar tersebut?

Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau di IPT Swasta boleh dijadikan jalan alternative, tetapi tahukah anda kos pengajian di IPT Swaasta atau luar Negara amatlah tinggi? Setiap tahun ramai pelajar yang menangis kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pilihan mereka tidak kesampaian. Bukan itu sahaja. Ramai ibu bapa lain pula yang terpaksa meminjam dari pelbagai institusi kewangan yang mengenakan faedah tinggi.

“mengapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah – mereka tidak bersedia dari awal untuk menyediakan tabung pendidikan anak merka. Tahukah anda bahawa kos pendidikan IPTS berjumlah RM68,500 hari ini dan akan menjadi RM163,133 pada 18 tahun akan datang? Disinilah yang ramai orang tidak sedar betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak-anak daripada sekarang. (sumber: education guide Malaysia Edisi ke-4). Jumlah selepas kehadiran inflasi 5% mengikut trend kenaikan kos pendidikan di Malaysia.

Bagaimana untuk memulakan tabung pendidikan?
Langkah 1
Tentukan jenis pendidikan yang ingin anda sediakan untuk anak anda, samada IPTA atau IPTS, program berkembar mahupun ke luar Negara.

Langkah 2
Tentukan jumlah simpanan yang perlu dibuat untuk anda mencapai matlamat anda. Anda perlu mengambil factor seperti tempoh sebelum anak memulakan pengajian ke IPT, kadar inflasi kos pendidikan (sekitar 5% setahun) dan mencari jumlah kos pendidikan pada suatu masa akan datang. Sebagai panduan ringkas, anda boleh menggunakan calculator education planner kami. Anda boleh melihat sendiri, berapa jumlah yang perlu anda simpan pada kadar bulanan/tahunan atau kadar sekali gus.

Langkah 3
Untuk menyediakan tabung pendidikan yang lengkap, anda boleh menyimpan sebahagian duit anda di dalam Insurans Pendidikan dan melabur sebahagian lagi di dalam Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust. Dengan ini, bukan sahaja simpanan anda dapat melindungi kebajikan dan masa depan anak anda dan memberi pelepasan cukai pendapatan, malahan risiko pelaburan boleh dipelbagaikan dengan dana pelaburan yang lebih produktif.

Kelebihan Setiap Pakej Pelaburan Pendidikan
Insuran Pendidikan Anak
·         Memberikan perlindungan khairat kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal juvenile kepada anak anda
·         Menjamin tabung simpanan mencukupi walaupun apabila berlaku kematian ke atas ibu-bapa melalui rider faedah pembayar
·         Memberi pelepasan cukai pendapatan RM3,000 bagi setiap ibu & Bapa (maksimum RM6,000 bagi ibu bapa yang bekerja)
·         Kadar pulangan untuk pelaburan insurans adalah diantara 0% - 13% (mengikut prestasi dana pelaburan)
·         Dana pelaburan boleh dipelbagaikan mengikut toleransi risiko
·         Simpanan boleh dibuat secara kadar bulanan / tahunan
·         Pinjaman pendidikan tanpa faedah juga diberikan kepada mereka yang layak.

Simpanan Tetap
·         Pelaburan yang berisiko rendah dengan kadar pulangan terjamin diantara 4.4% - 5% setahun
·         Perlindungan insuran diberi secara percuma kepada pelabur (125 peratus daripada jumlah simpanan permulaan)
·         Simpanan boelh dibuat secara sekali gus atau secara kadar bulanan / tahunan (mengikut had minimum)

Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust
·         Dana pelaburan boleh dipelbagaikan mengikut toleransi risiko
·         Pelaburan berpotensi untuk memberi pulangan lebih produktif sekitar 0 peratus hingga 25 peratus (mengikut prestasi dana pelaburan)
·         Simpanan boleh dibuat secara sekali gus atau secara kadar bulanan / tahunan (mengikut had minimum)

1 comment:

  1. The Best 3 Diamond Casinos and Slots in Los Angeles
    The Diamond 김해 출장마사지 Casino Resort offers a 거제 출장마사지 stay in one 속초 출장마사지 of the 10 restaurants on the strip. 포천 출장마사지 You'll be in the middle of the 김포 출장마사지 desert, surrounded by three

    ReplyDelete