Monday, 7 November 2011

Pengenalan Kepada Analisis Keperluan Kewangan (fna)


Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (di amerika syarikat) mendapati bahawa untuk setiap 100 orang yang memulakan kerjaya – situasi berikut wujud bila mereka berumur 65 tahun:

·         4 orang akan mencapai kebebasan kewangan (financial independance)
·         22 orang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
·         25 orang sudah mati
·         49 orang cukup makan sahaja

“dikategori manakah anda ingin berada bila berumur 65 tahun kelak?”

Dalam menyiasat sebab agihan statistic  di atas 96 orang tadi mengaku mereka TIDAK pernah MERANCANG UNTUK GAGAL tetapi GAGAL MERANCANG. Satu lagi pengakuan adalah mereka tidak pernah menggunakan sebarang system kiraan untuk menganalisis kedudukan kewangan masing-masing.

Satu contoh system analisis kewangan ialah Analisis Keperluan Kewangan atau Financial Needs Analysis (FNA). System ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mengira tabung persaraan, jumlah insuran yang dipelukan, tabung pendidikananak dan banyak lagi. Dalam bab ini kita akan berkenalan dengan konsep-konsep dimana FNA diasaskan dan seterusnya belajar menggunakan FNA untuk mengira komponen kewangan seperti jumlah insurans minimum yang diperlukan oleh seseorang individu.

Mengapa Manusia Cenderung Mengumpul Aset (Harta)
Semenjak zaman silam umat manusia mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki harta benda. Sekiranya kita mempunyai asset yang nyata kita akan merasa selamat dan terjamin. Disamping perasaan “memiliki” ini kita juga akan merasai kepuasan melihat asset-aset kita berkembang, sehinggalah suatu masa di mana kebolehan kita untuk menghasilkan pendapatan akan berhenti. Contohnya bila berlaku kematian, terlalu uzur, tua atau memang sengaja berhenti kerja. Pada peringkat ini pendapatan untuk menampung hidup kita hanya boleh diperolehi daripada asset-aset yang telah kita kumpul. Namun begitu hanya segelintir daripada kita mempunyai kemamouan untuk berhenti kerja sekarang dan membiarkan harta kita shaja akan membiayai perbelanjaan hidup. Kita boleh merancang untuk mengubah hidup kita ini dengan bantuan system ayng dipanggil Analisis Keperluan Kewangan (Financial Needs Analysis – FNA).

Jenis-jenis Aset
Kebanyakan Orang akan Mempunyai 4 Jenis Asset:
1.       Aset Peribadi
Seperti simpanan bank, tanah, kereta dan rumah
2.       Aset Perniagaan
Contohnya milikan perniagaan dan insentif-insentif yang diberikan oleh majikan
3.       Insurans
Termasuk nilai dana kematian, hilang upaya kekal dan sebarang nilai tunai atau tabung pelaburan.
4.       Program Kerajaan
Contohnya KWSP and SOCSO. Secara teknikal walaupun biasanya program ini tidak dikategorikan sebagai asset tulen namun ia dapat memberikan manfaat pada masa persaraan, kehilangan upaya bekerja dan kematian.


Kenapa Kita Sukar Untuk Mengumpul Aset Yang Mencukupi
Bayangkan anda mempunyai satu corong (funnel) gergasi untuk menyimpan semua asset yang telah dikumpulkan dulu, kini dan akan datang. Dalam corong ini anda akan memasukkan secara beransur-ansur semua 4 kelas asset yang dihuraikan sebelum ini (asset peribadi, asset perniagaan, insurans dan asset program kerajaan). Anda berharap bahawa satu masa nanti anda boleh mengeluarkan wang daripada bawah corong tersebut untuk digunakan bila diperlukan kelak.

Malangnya corong anda adalah seperti corong orang lain, sebenarnya mempunyai 2 lubang yang berfungsi sebagai sumber kebocoran yang mungkin menyebabkan wang yang anda mahu tidak keluar bila ditadah dengan tangan, dua lubang ini adalah:

1.       Keperluan Tunai Semasa Meninggal
·         Tabung Perbelanjaan Pengebumian
·         Tabung Pelupusan Hutang
·         Tabung Keperluan Kecemasan Untuk Waris
·         Tabung untuk Pinjaman Perumahan
·         Tabung Pembiayaan Sewa Rumah (Kalau tiada rumah)
·         Tabung Pembiayaan Pembiyaan/Penjagaan Anak-anak
·         Tabung Pendidikan Anak-anak

2.       Halangan Semasa Hidup
·         Pelaburan yang tidak menguntungkan
·         Inflasi
·         Cukai
·         Hilang Upaya Kerja
·         Tabiat membelanjakan wang simpanan
·         Kekurangan disiplin

Kita akan meninjau bagaimana mengenal pasti kebocoran di atas dan bagaimana menutupnya dengan bantuan satu system pengiraan mudah.


Keperluan Tunai Semasa Meninggal
 Dalam artikel lepas anda diperkenalkan dengan “corong gergasi” yang mewakili tempat simpanan semua asset-aset yang telah dan bakal dikumpulkan semasa jangka hayat anda. Harapan anda adalah bahawa satu masa nanti anda boleh mengeluarkan wang dari bawah corong tersebut untuk diguanakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 2 jenis kebocoran iaitu; 1. Keperluan Tunai Semasa Meninggal, 2. Halangan Semasa Hidup.

Kita akan meninjau bagaimana mengenalpasti kebocoran kategori 1 iaitu “Keperluan Tunai Semasa Meninggal” dan bagaimana untuk menutupnya dengan bantuan satu system pengiraan mudah. Keperluan Tunai Semasa Meninggal boleh dipecahkan kepada 7 komponen utama:

1.       Tabung Perbelanjaan Pengkebumian, bil-bil hospital dan perundangan (legal fees)
2.       Tabung Pelupusan Hutang Piutang
3.       Tabung Keperluan Kecemasan
4.       Tabung untuk Pinjaman Perumahan
5.       Tabung Pembiayaan Sewa Rumah (kalau tiada rumah)
6.       Tabung Pembiayaan / penjagaan anak
7.       Tabung pendidikan anak

Mari kita melihat pengiraan Analisis Keperluan Kewangan untuk satu keluarga yang terdiri dari seorang suami yang bekerja, isteri suri rumah sepenuh masa dan 2 orang anak yang masih kecil. Sekali lagi diingatkan bahawa pengiraan yang dilakukan menggunakan anggapan matematik yang ringkas supaya mudah difahami oleh semua golongan pembaca. Kita juga akan mempertimbangkan langsung perlindungan pendapatan atau gaji si suami terhadap risiko kehilangan upaya untuk bekerja. Semua data yang digunakan dalam pengiraan adalah satu contoh sahaja dan dalam praktik perlu dinaikkan mengikut gaya hidup, budaya dan agama masing-masing.

Analisis Keperluan Kewangan Untuk satu Keluarga Berpendapatan Sederhana

PERKARA
RM
Kos Perbelanjaan Pengkebumian, bil Hospital
15,000
Tabung Pelupusan Hutang Piutang
20,000
Tabung Kecemasan Untuk Waris
5,000
Tabung Pembiayaan Sewa Rumah
20,000
Tabung Perbelanjaan / Penjagaan Anak
15,000
Tabung Pendidikan Anak (RM50k /anak)
100,000
Keperluan Tunai Oleh Isteri
175,000
Tolak semua asset cair yang wujud (wang tunai, simpanan Unit Amanah, KWSP, Insurans yang wujud, hasil jualan perniagaan dan lain-lain harta)
85,000
Kekurangan / Kebocoran
90,000

Untuk mencari wang si suami sekarang mempunyai 3 alternatif. Yang Pertama ialah meminjam wang berkenaan iaitu RM90,000 dan membayar bayaran bulanan beserta dengan bunganya sekali. Cara Kedua yang lebih murah dan pantas untuk menghasilkan wang tunai RM90,000 di atas tanpa meminjam ialah dengan mewujudkan satu tabungngan insurans sebanyak RM90,000. Cara Ketiga ialah berserah kepada takdir dan berdoa supaya isterinya boleh berkahwin sekali lagi atau bekerja “full time” untuk menyara kedua-dua anak tadi, ataupun bergantung kepada simpati orang ramai dan sanak saudara.

Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada factor-faktor lain dan isu ini memerlukan satu perbincangan lain di suatu masa kelak. Cukup untuk saya dedahkan di sini bahawa pemilihan program insurans yang tidak bersesuaian dengan profil peribadi dengan kewangan anda akan menyebabkan kerugian dan ketidak percayaan terhadap system insurans di kemudian hari. Statistic penutupan polisi insurans (lapsations) dari Bank Negara menunjukkan kadar “lapsation” yang terbesar berlaku di kalangan masyarakat Melayu berbanding dengan Cina dan India.

Di artikel seterusnya kita akan membincangkan dengan mendalam tentang kebocoran bahagian 2; iaitu Halangan Semasa Hidup dan juga 3 batu asas keselamatan kewangan.

Tindakan Susulan:
Sekarang masa untuk senaman tangan dan minda. Sila ambil kertas dan pen – cuba kirakan untuk situasi keluaga anda sendiri. Untuk pasangan suami isteri yang kedua-dua bekerja kirakan secara berasingan dan bandingkan jawapan anda. Setelah mendapat jawapan fikirkanlah tindakan yang perlu dilakukan – kalau masih buntu pertimbangkan 3 alternatif bedassarkan contoh suami di atas. Kalau nak “maintain” sahaja pun boleh – tidak melakukan apa-apa pun satu keputusan juga; Cuma baik atau tidak Cuma Tuhan sahaja yang tahu.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

1 comment:

  1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete