Monday, 7 November 2011

Perlukah Suami Isteri Membuat Akaun Bersama

“Anda baru mendirikan rumah tangga? Tentu banyak yang anda rancang demi untuk kebahagiaan bersama yang tersayang”



Sudah tentu masih banyak lagi keperluan yang harus difikirkan. Salah satunya memikirkan masalah kewangan. Nah berbicara masalah yang satu ini, pastinya tidak lepas dari istilah simpanan bersama. Simpanan bersama adalah akaun simpanan yang dimiliki atas nama dua penama. Dimana kedua-dua pemilik sama-sama mempunyai hak untuk mengeluarkan wang tersebut. Bagaimanapun, sebenarnya tidak selalu simpanan bersama didefinasikan seperti itu. Boleh jadi akaun simpanan bersama di definasikan sebagai simpanan yang di namakan hanya pada satu orang sahaja, namun boleh dikeluarkan untuk keperluan rumah tangga.

Tahukah anda apakah tujuan mempunyai akaun simpanan bersama?
Ini adalah pertanyaan yang sering bermain-main difikiran anda bukan? Ada banyak alasan mengapa orang bermotivasi untuk membuka akaun simpanan bersama. Pertama – keinginan untuk meningkatkan rasa kebersamaan diantara mereka melalui sesuatu yang dimiliki bersama-sama. Selain itu – akaun simpanan bersama ini biasanya dibuka kerana suami isteri itu memiliki tujuan bersama yang hendak diraih pada masa hadapan. Tujuan Ketiga – adalah keperluan sehari-hari sementara yang terakhir adalah untuk mengawal pengeluaran salah satu diantara mereka.

Namun sayangnya membuka akaun simpanan bersama boleh juga menjadi punca konflik dalam rumah tangga. Keadaan begini terjadi apabila salah satu pihak menggunakan wang dalam akaun simpanan itu di luar kesepakatan bersama. Kalau anda memang tertarik untuk membuka akaun simpanan bersama, sebaiknya sebelum melakukannya, perhatikan dulu hal-hal berikut ini:

1.       Berbincang dengan pasangan mengenai apa sebenarnya tujuan membuka akaun bersama. Selain itu bincangkan pula mengenai rancangan masa depan. Jika ternyata anda berdua ditakdirkan berpisah, apa yang harus dilakukan dengan simpanan tersebut?
2.       Dapatkan kepastian sekali lagi untuk keperluan apa wang dalam akaun simpanan itu akan digunakan
3.       Berbincanglah tentang siapa yang akan memasukkan wang ke dalam akaun simpanan tersebut dan berapa jumlah yang ingin disimpan setiap bulan. Apakah pasangan anda sahaja, atau dibahagi dua antara kalian berdua. Jika simpanan  dilakukan secara berdua, tentukan pula jumlah yang sepatutnya disimpan setiap bulan agar adil dan sama rata.
4.       Apabila wang daripada akaun simpanan bersama itu digunakan untuk membayar perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan dan sebagainya, pastikan masih ada wang berbaki di dalam akaun simpanan sebagai simpanan masa depan. Sebaik-baiknya selepas menggunakan wang tersebut, “kembalikan” semula jumlah wang telah terpakai. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh mendidik diri sendiri agar lebih berdisiplin ketika menggunakan wang
5.       Jika anda sudah memiliki akaun simpanan bersama, dicadangkan anda senantisa mengemaskini jumlah wang yang disimpan di dalam akaun tersebut. Pastikan juga anda dan pasangan anda berdisiplin ketika membuat simpanan ke dalam akaun simpanan bersama setiap bulan. Jangan ada diantara anda yang cuba untuk “curi tulang”
6.       Bersiap sedialah untuk menghadapi keadaan yang tidak dijangka, iaitu penggunaan wang dari akaun simpana bersama. Jika keadaan ini berlaku walaupun kita semua tidak menginginkannya terjadi, sebaliknya anda hadapilah dengan hati yang tenang. Jangan sampai masalah wang tersebut, hubungan anda dan pasangan menjadi renggang.

No comments:

Post a Comment