Tahukah anda?
Miskin Selepas Pencen?
Miskin selepas pencen? Sudahkah anda bersedia menempuh alam pencen anda?
Kalau panjang umur sehingga 75 tahun, kita mempunyai 20 tahun lagi untuk hidup selepas bersara. Persoalannya, adakah kita tahu bila ajal kita akan menjelma?, bilakah Malaikat Maut dating menjenguk kita?. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah yang Maha Besar, kita mampu merancang hanya Tuhan menentukan.
Kenyataan ini sangat menakutkan bagi mereka yang punca rezekinya bergantung semata-mata kepada gaji bulanan tanpa ada pendapatan sampingan yang lain. Sebagaimana yang kita tahu, pekerja di Syarikat Swasta biasanya mencarum di dalam KWSP – Simpanan Hari Tua Anda (sebenarnya Simpanan Hari Tak Berapa Tua) sebagai persediaan menempuh waktu berpencen nanti iaitu ketika berumur 55 tahun.
Bagi pekerja di Perkhidmatan Awam pula, selepas berkhidmat selama 3 tahun mereka akan diberi pilihan sama ada untuk terus mencarum dalam KWSP atau memilih untuk menikmati elaun pencen apabila mereka bersara nanti.
Pencarum-pencarum KWSP, akan menerima sejumlah wang yang agak besar apabila mereka bersara.
· Menurut laporan Utusan Malaysia
“Jumaat, 19 Oktober 2007, purata simpanan seorang pencarum apabila mencapai usia 55 tahun nanti HANYA RM114,000! Wow!!!RM100,000++? Banyak tu. Tapi, apakah nilainya RM100,000 itu untuk 10 tahun akan datang? 20 tahun akan dating?”
“ Pernahkah saudara pembaca terfikir tentangnya? Dengan RM114,000, pesara hanya mampu membelanjakan RM475 setiap bulan bagi menampung hidup sehingga usia 75 tahun. Perbelanjaan RM475 sebulan akan meletakkan pesara berkenaan dalam kategori golongan berpendapatan di bawah paras kemiskinan.”
Click to Enlarge |
Click to Enlarge |
Click to Enlarge |
Keratan Akhbar Utusan, Jumaat 19 Oktober 2007
20 tahun yang lalu, ketika saya berumur 9 tahun, saya hanya membawa 50 sen ke sekolah. Itu pun wang belanja untuk sekolah pagi dan sekolah agama di sebelah petang. Air sirap baru berharga 10 sen dan nasi lemak hanya berharga 20 sen. Tetapi apakah nilai 50 sen sekarang?
Semalam, semasa saya bertemu dengan “client” di Ipoh Parade, Ipoh, harga untuk masuk ke tandas saja sudah 50 sen! Apa ni?
Tahun 2006, kerajaan mengumumkan bahawa inflasi negara hanya 4.3% setahun. Peratusan itu merupakan purata inflasi di seluruh negara termasuk inflasi di Gua Musang, Keningau, Hulu Tembeling (sekadar menyebut beberapa tempat) dan semua kawasan-kawasan pendalaman yang lain. Malangnya, kita tidak duduk di kawasan pendalaman wahai saudara saudariku sekalian. Kita tinggal dan mencari rezeki di bandar-bandar besar. Adakah anda sedar sebenarnya inflasi di Lembah Klang bukanlah 4% setahun? Mungkin 9%, 10% atau lebih!
Apa itu INFLASI? Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi yang mana berlaku kenaikan harga (barang dan perkhidmatan) yang berterusan. RM100 pada 20 tahun yang lepas tidak sama nilainya dengan hari ini. Dahulu, dengan RM100 kita mungkin dapat membeli baju raya untuk satu keluarga yang mempunyai 5 orang anak. RM100 sekarang bagaimana?. Dengan berbekalkan RM100 apa yang diperolehi pada hari ini hanya sehelai baju Melayu, hanya baju sahaja, seluar lain kira atau sepasang baju Melayu RM180…..??. Camano tu… Pikir la sendiri… bak kata Nabil.
Inflasi bagi saya adalah VIRUS MONEY. Virus yang akan memakan nilai duit kita. Dengan kenaikan harga barang, harga petrol dan tol yang tiada berpenghujung, saya tidak tau bagaimana keadaan hidup kita 10-20 tahun akan datang. Masalahnya, harga barang meningkat tetapi gaji masih di takuk lama. Penjawat jawatan di dalam kerajaan mungkin tidak kisah kerana setiap tahun mereka akan menerima kenaikan gaji dan BONUS! Bagaimana mereka yang bekerja di sektor swasta. Pengalaman saya sendiri, gaji yang saya terima di syarikat lama adalah sama sahaja sejak mula berkhidmat hingga hampir 3 tahun bekerja. Walaupun sewaktu itu, hidup matiku hanya untuk kampeni kononnya!
Berbalik kepada soal miskin selepas pencen, menurut satu laporan akhbar, 72% pencarum KWSP menghabiskan wang KWSP mereka selepas hanya 3 tahun bersara! Betul ke ni? Saya percaya dengan laporan ini. Mana tidaknya, apabila bersara dan boleh mengeluarkan semua wang yang dicarum di dalam KWSP, mulalah sang isteri meminta gelang besar dan dapur besar. Si suami pun menurutkan sahaja kehendak isteri untuk membina dry kitchen dan wet kitchen. Untuk renovation dapur sahaja sudah memakan RM10-20 ribu.
Si anak pula, baru habis belajar dan belum bekerja sudah gatal hendak berkahwin. Si abah, disebabkan hendak sangat menimang cucu dan bergelar Datuk, sanggup pula membiayai majlis perkahwinan si anak. Hiasan pelamin nak guna khimat Pak Abu (penghias pelamin Erra Fazira). Baju nikah tak nak guna khidmat Man Sentul, tetapi nak guna khidmat Man Kajang. Sepasang baju sahaja sudah mencecah ribuan ringgit. Jadinya, biaya perkahwinan anak sahaja sudah RM20-30 ribu.
Lebih teruk, lepas bersara si abah tadi terasa pula nak berbini baru. Yelah, mak dah dapat dapur baru dan anak pula dah dapat suami/isteri kan? Perkahwinan si abah mungkin tidak mencecah puluhan ribuan ringgit. Maklumlah kahwin di Siam saja (takut bini lama tau). Tetapi kehidupan selepas berbini baru siapa pula nak menanggungnya? Lebih dahsyat lagi, dapat anak kecil pula. Semua perbelanjaan-perbelanjaan inilah yang menyumbang kepada habisnya wang KWSP pencarum walaupun baru 3 tahun bersara.
Keadaan inilah yang memaksa si bapa tadi kembali bekerja. Ada yang bekerja sebagai “Pak Guard”. Ada pula yang menjadi tukang kebun sekolah dan sebagainya. Kehidupan hari tua yang sepatutnya diisi untuk menambahkan amal ibadat, terpaksa dihabiskan untuk mencari rezeki bagi mengisi tembolok anak dan isteri.
Walau bagaimanapun, terdapat cara untuk mengelakkan miskin selepas pencen ini. Kita yang bekerja makan gaji sepatutnya sudah mula menyimpan dan berjimat cermat sejak mula bekerja supaya kita mempunyai simpanan yang cukup apabila bersara nanti. Tidaklah hanya mengharapkan duit KWSP yang seco’et itu sahaja. Selain itu, duit KWSP itu kita laburkan dengan membeli rumah atau memulakan perniagaan. Sekurang-kurangnya kita mempunyai pendapatan tetap walaupun sudah bersara.
Click to Enlarge |
Click to Enlarge |
Click to Enlarge |
Satu cara lagi yang paling penting ialah melabur di dalam mana-mana unit amanah yang berdaftar di dalam Malaysia ini. Saya boleh membantu anda. Sebarang pertanyaan boleh diemailkan kepada saya di zukhairicwa@gmail.com atau telefon dan sms ke 019-3090390 untuk pertanyaan lanjut. Saya sebagai konsultan anda dalam menjana pendapatan dan nilai pencen yang lebih baik. Jangan jadi miskin selepas pencen.
No comments:
Post a Comment