Menurut satu tinjauan untuk pembaca money magazine, sebuah majalah kewangan di Amerika Syarikat, resolusi tahun baru yang paling popular bukannya mengurang berat bada atau berhenti merokok biarpun kedua-duanya masih popular. Resolusi di tangga teratas ialah mengawal SITUASI KEWANGAN PERIBADI. Bagaimana dengan anda? Adakah kedudukan kewangan anda lebih baik berbanding dengan masa 12 tahun yang lepas?
Tidak kira samada kedudukan kewangan anda begitu memberangsangkan atau sebaliknya, saya ada berita baik untuk anda. Kesanggupan anda untuk membaca sehingga kini membuktikan kesungguhan diri anda untuk memperbaiki kesihatan kewangan anda. Berikut adalah formula kesihatan kewangan yang boleh dipraktikkan serta merta tanpa pergi ke gym.
Yang pertama ialah merekod perbelanjaan anda. Mungkin nasihat ini Nampak bodoh sedikit, terutamanya memang anda hidup kais pagi makan pagi atau tidak dapat menyimpan sesen pun. Namun begitu jika anda mula menyimpan rekod secara bertulis tentang setiap perbelanjaan anda, ini hasilnya:
1. Anda akan berhenti sejenak untuk bertanya kepada diri sendiri sebelum membuat pembelian mengikut nafsu semata-mata.
2. Anda akan mula rasa seperti “tuan” dan bukannya “hamba wang” setelah melihat kemana wang hasil titik peluh anda mengalir.
Yang kedua – ialah memberi (giving) – saya tahu. Kebanyakan pembaca mungkin pokai (broke). Anda mempunyai segunung hutang dan orang macam saya pula mencadangkan anda supaya memberikan sesuatu. Ya anda berhak menganggap asaya kurang waras. Sikap memberi merupakan satu aktiviti yang penuh misteri dan ajaib yang dipraktikkan boleh mengubah hidup anda. Saya tidak dapat menerangkan kesannya secara saintifik atau matematik. Daripada pengalaman saya yakin dengan mengamalkan sikap bersyukur di atas apa yang Tuhan kurniakan, anda akan memberikan sedikit daripada pendapatan anda secara ikhlas. Secara tidak langsung anda menjempun penglibatan atau bantuan Tuhan dalam hal ehwal kewangan anda. Memberi ialah penawar kepada tabiat pengamalan perbelanjaan yang keterlaluan dan kegilaan untuk memiliki barangan yang tidak diperlukan.
Yang ketiga – bayar diri anda sebelum membayar pihak lain. Secara ideal anda harus membayar kepada diri anda 10% daripada pendapatan anda. Kalau tidak boleh dengan 10% cubalah dengan sesuatu. Biarpun RM1 seminggu, mulakan membayar untuk diri anda. Biarpun anda banyak berhutang, mulakan menabung sekecil manapun. Langkah menyimpan ini akan menjanakan satu tindakan mental dalam minda “sub-concious” anda akan memberi semangat dan motivasi yang bakal mengubah nasib kewangan anda.
Yang keempat – jangan belanja apa yang anda tidak miliki. Kalau berdegil juga ada 2 cara untuk menunaikan hajat anda. 1. CURI 2. PINJAM
Bagi mereka yang telah mengamalkan kaedah kedua sehingga luar kawalan ada beberapa strategi yang boleh diamalkan.
BERHENTI BERHUTANG.
Itu sahaja - JUST STOP. Mulai saat ini anda mesti genggam tangan dan putuskan bahawa anda tidak lagi akan menambah satu ringgit hutang lagi. Mungkin anda terpaksa berpisah dengan beberapa kad kredit atau mengalirkan air mata tetapi anda boleh berhenti. Kuasa untuk berhenti terletak di tangan anda.
KURANGKAN PERBELANJAAN
Satu lagi tindakan mudah tetapi ramai yang pasti mengeluh memberikan berbagai alasan. Tindakan ini paling cepat menghasilkan kesan dan sebarang keuntungan/lebihan dijamin bebas cukai. Saya cadangkan supaya anda berikrar untuk memotong perbelanjaan anda secara beransur-ansur dalam semua kategori. Dengan cara ini anda akan kurang rasa rimas disamping membina semangat melihat perbelanjaan anda mula menyusut sehingga satu tahap minimum.
JUAL ASET-ASET YANG TIDAK MENGUNTUNGKAN
Pertimbangan ini perlu dilakukan dengan berhati-hati. Pilih asset-aset yang ada nilai jualan semula tetapi tidak diperlukan dalam kehidupan anda atau boleh di perolehi kembali dalam masa akan datang. Jual asset-aset ini mengurangkan hutang anda. Proses yang dihuraikan di atas mungkin kelihatan lembap bagi mereka yang sudah biasa dengan pendekatan “sembuh dengan cepat”. Jika anda tidak cukup kesabaran sila cuba kaedah-kaedah yang lain yang pada pendapat anda boleh memperbaiki kedudukan kewangan anda dengan lebih pantas. Sebelum itu saya ingin memberikan satu ingatan yang saya petik secara lisan daripada mereka yang banyak wang.
“Memiliki lebih wang atau mendapat durian runtuh tidak akan mengubah sikap anda terhadap wang kucuali jika anda berada dalam golongan mereka yang benar-benar miskin. Sehingga anda belajar mengawal dan menguruskan wang yang sudah dimiliki. Sebarang lebihan wang hanya akan memburukkan lagi situasi anda.” Ini kerana mengikut kajian sikologi “behavioral finance” – kita cenderung untuk melihhat lebihan wang sebagai satu cengkeram (down payment) untuk mendapatkan sesuatu yang dahulunya tidak mampu dimiliki. Lebih teruk lagi lebihan wang tadi akan digunakan untuk membeli secara hutang asset-aset yang bakal menurun nilainya berbanding masa.
Tindakan Susulan:
Boleh saya syorkan supaya anda sekalian baca semula perenggan terakhir kalau boleh berulang kali sehingga intipatinya diserap di dalam minda anda. Penyelesaian masalah kewangan anda mungkin tersembunyi di antara susunan baris-baris ayat dan nahu di atas.
No comments:
Post a Comment