Monday, 7 November 2011

Tip Penting Sebelum Anda Beli Rumah

“Rumah adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rumah ialah tempat kita berteduh dari hujan dan panas. Namun sebelum membeli sesbuah kediaman, ada beberapa factor penting yang perlu anda titik beratkan. Berikut adalah beberapa tips ringkas sebelum anda mengambil keputusan untuk menyewa atau membeli sebuah kediaman idaman hati.”


Kedudukan Rumah
Rumah yang berhampiran dengan tempat kerja selalu menjadi pilihan utama setiap orang apatah lagi jika anda belum lagi mempunyai kenderaan sendiri. Satu lagi kenapa anda memilih untuk membeli sesebuah kediaman ialah kawasan kediaman itu berhampiran dengan kemudahan awam bagi memudahkan anda bergerak ke mana-mana. Bagaimanapun harga rumah yang terletak ditengah-tengah kota metropolitan sangat tinggi kerana berdekatan dengan kemudahan yang sedia ada. Sebagai jalan penyelesaian, tidak ada salahnya jika anda membeli kediaman yang terletak di pinggir kota yang bersesuaian dengan budget anda. Jika anda tidak mempunyai kenderaan, pastikan kediaman itu memiliki kemudahan perkhidmatan bas sekurang-kurangnya dan jika anda memiliki kenderaan sendiri, pastikan kawasan kediaman anda berdekatan dengan tol bagi mempercepatkan perjalanan anda ke pejabat setiap hari. Bagi mereka yang memilih apartment, pilihlah lokasi yang terletak ditengah-tengah Bandar atau sekurang-kurangnya di lokasi yang selesa.

Harga Beli
Keuntungan membeli kediaman yang baru adalah anda tahu tentang harga sebenar rumah tersebut berbanding anda membeli rumah tersebut daripada tuan rumah asal. Namun apa yang paling penting, kelebihan membeli rumah yang baru dibina ialah anda tahu keadaan rumah tersebut dan masih berkesempatan meminta pemaju perumahan membaiki kerosakan yang dialami. Untuk rumah yang dibeli melalui tuan rumah asal, anda perlulah bijak dalam tawar menawar, jika pemilik asal rumah memerlukan wang secepat mungkin, mungkin anda perlu bersedia dengan wang tunai yang mencukupi. Perlu diingatkan harga rumah yang dijual oleh pemilik asal rumah berlainan harganya dengan harga yang dijual melalui agen perumahan.

Kemudahan Asas
Pilihlah kediaman yang mempunyai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak pemaju. Jika rumah yang anda beli masih dalam proses pembinaan, pastikan pihak pemaju perumahan menyediakan kemudahan yang terjamin. Bekalan air dan elektrik adalah perkhidmatan asas yang diberikan oleh pihak pemaju perumahan. Kemudian lain yang perlu diperhatikan ialah jalan tar yang elok, system perparitan yang baik dan sempurna dan dijaga rapi.

Perbelanjaan Tambahan
Biasanya perbelanjaan tambahan yang perlu anda sediakan adalah untuk pengubahsuaian jika anda mahu. Ianya bergantung kepada luasnya sesebuah kediaman. Bagi kediaman apartment, pemaju perumahan akan mengenakan bayaran perkhidmatan bulanan seperti untuk membersihkan kawasan sekitar bangunan apartment, mengutip sampah, menyapu sampah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment