Monday, 7 November 2011

Siapa Yang Memerlukan Khidmat Perancangan Kewangan?


Definasi asas perancagan kewangan (financial planning) ialah “Proses yang digunakan oleh seseorang individu untuk menguruskan sumber kewangannya bagi mencapai matlamat kehidupan”. Oleh itu semua orang boleh menulis satu pelan kewangan yang mudah menggunakan proses perancagan kewangan.

Sebagai contoh pelan yang paling mudah ialah “Setiap bulan pendapatan tolak perbelanjaan mestilah positif”, biar kita panggil pelan ini PELAN SATU AYAT. Tetapi percayakah bahawa ramai mereka yang berpendapatan 5 digit sebulan masih tidak dapat menurunkan PELAN SATU AYAT ini. Tidak percaya, tanyalah syarikat-syarikat kad kredit atau mungkin diri anda sendiri.

Pada satu ketika dahulu iaitu zaman datuk nenek kita, perancangan kewangan (financial planning)memang mudah iaitu bekerja untuk pendapatan, simpanan dan perbelanjaan sedikit, beli sebuah rumah, menyediakan pendidikan asas kepada anak dan akhirnya bersara. Namun zaman ini situasi sedemikian telah menjadi lebih rumit disebabkan factor-faktor berikut:

1.       Kesukaran untuk menabung secara sistematik. Ini disebabkan oleh gaya hidup yang lebih metarialistik serta aktiviti pengiklanan yang secara halus menggalakkan berbagai cara untuk membelanjakan wang pendapatan.
2.       Kelahiran berbagai jenis produk kewangan yang sofistikated yang menyebabkan kekeliruan untuk membuat pilihan yang sesuai dengan keperluan individu
3.       Undang-undang percukaian sering berubah-ubah sekurang-kurangnya sekali setahun iaitu semasa Belanjawan. Tambahan pula system penaksiran cukai secara persendirian (self assessment) sudah pun diperkenalkan sekarang ini.
4.       Peningkatan teknologi maklumat membawa kesan kepada ekonomi. Ekonomi sekarang makin sukar diramalkan kerana inflasi, turun naik kadar faedah serta peningkatan strategi pelaburan secara global

Mari kita tijau sekejap kisah hidup Kasim Selamat, seorang pemain seksofon berbakat yag mengikuti PELAN SATU AYAT di atas. Motivasinya mudah – menyimpan sebeapa banyak untuk persediaan berkahwin. Kini dia sudah berkahwin dan pelan mudah tadi perlu diubah suai untuk mengambil kira tanggungan baru yang bakal tiba.kasim perlu membeli rumah – oleh itu beliau perlu menentukan bayaran pinjaman yang sesuai kerana ini adalah hutangnya yang terbesar yang berkemungkinan yang paling lama. Lagi satu isu ialah pakej pinjaman mana yang boleh diambil supaya hutang rumah boleh dilangsaikan secepat mungkin. Mungkin isterinya bekerja dan mereka dberdua pasti ada lebihan sehingga muncul anak yang pertama. Kehadiran cahaya mata pula menimbulkan pula pertanyaan seperti perlukah si isteri berhenti bekerja dan menjaga anak atau menggaji pembantu rumah?.

Semasa anak Kasim mebesar tabung pendidikan perlu difikirkan tetapi yang mana satu?. Insuran, unit Amanah?. Kesemua soalan ini tidak mudah kagi dijawab oleh PELAN SATU AYAT di atas. Semasa perancangan pendidikan anak, usia Kasim Selamat dan isteri juga semakin meningkat, mereka harus mempertimbangkan isu persaraan, adakah akaun KWSP (Tabung Kewangan Simpanan Pekerja) pada usia 55 tahun nanti cukup untuk menampung sisa-sisa hidup dengan INFLASI sebagai musuh utama?. Statistic-statistik yang ada sekarang ini begitu membimbangkan – ringkasnya memang tidak cukup. Kalau begitu berapa banyak yang tidak cukup dan berapa banyak yang hendak diketepikan tanpa makan mee segera setiap hari?. Manusia merancang tetapi Tuhan yang menentukan, apa yang akan berlaku kalau Kasim ditakdirkan buta atau pergi terlebih dahulu, atau penyakit datang menyerang si ibu atau anak?. Berapa banyak yang diperlukan untuk pelan insurans apa yang paling sesuai untuk Kasim sekeluarga tidak termasuk ibu mertua?

Ya keadaan sekarang sudah tidak begitu mudah lagi. Cuba renungkan – dan seperti yang dijanjikan jawapan kepada soalan cepu emas kita ialah -------- ANDA!..

Tindakan Susulan:
Cuba karangkan PELAN SATU AYAT untuk diri anda sendiri. Kemudian fikir samada dapatkah anda melakukannya seorang diri tanpa memionta nasihat orang lain.

Rujukan : Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment