KWSP (EPF)

Rujukan terus daripada Risalah Asal KWSP tanpa sebarang Penambahan dan Pengurangan.
Sila dapatkan risalah ini di pejabat-pejabat KWSP yang terdekat.

Pengeluaran Pelaburan daripada KWSP

Tujuan
1.       Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.
2.       Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institut Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Simpanan Asas
Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 120,000.00 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

Jadual Simpanan Asas adalah seperti berikut.

Kelayakan Memohon
1.       i)             Warganegara Malaysia; ATAU
ii)            Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
iii)           Bukan Warganegara Malaysia yang
·         Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
·         Mendapat taraf penduduk tetap (PR)

2.       Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
3.       Anda mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi Jumlah Simpanan Asas sekurang-kurangnya sebanyak RM5000.00.

Syarat-Syarat Pengeluaran

IPD Yang Dibenarkan
·         Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Untuk mendapatkan senarai terkini IPD yang diluluskan sila rujuk Senarai Institusi Pengurusan Dana yang terkini yang diperolehi di mana-mana Cawangan KWSP yang berhampiran atau dengan melayari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Kekerapan Pelaburan
·         Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang telah ditetapkan di dalam Akaun 1.
·         Pelaburan seterusnya boleh dibuat dengan IPD yang sama atau IPD lain yang diluluskan. Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.

Pelaburan Secara Terus
·         Pelaburan secara terus adalah tidak dibenarkan. Semua pelaburan hendaklah dibuat melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Penambahan Pelaburan Menggunakan Wang Sendiri
·         Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan dengan menggunakan wang sendiri

Tanggungan Risiko Pelaburan
·         Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan ini. Ini bermakna jika berlaku kerugian, KWSP tidak akan bertanggungjawab.

Pengembalian Wang Pelaburan Kepada KWSP
·         Anda hendaklah mengembalikan semua amaun yang diaburkan (termasuk keuntungan) kepada KWSP sebaik sahaja amaun pelaburan tersebut dijual. Amaun yang dikembalikan akan dikreditkan semula ke Akaun 1.
·         Anda tidak boleh mengeluarkan apa-apa amaun (“no leakage”) daripada jumlah yang dilaburkan di IPD.

Dividen Tahunan KWSP Atas Amaun Yang Dilaburkan
·         Anda tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diishtiharkan oleh KWSP ke atas amaun  yang dilaburkan kerana simpanan ini tidak dilaburkan oleh KWSP

Jika IPD Yang Terkeluar daripada Senarai IPD
·         Pelaburan anda dengan IPD ini perlu dijual dan dikembalikan kepada KWSP oleh IPD tersebut.

Bayaran Perkhidmatan
·         Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP

Pelepasan Kawalan Keatas Peelaburan
·         KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan anda di IPD apabila anda mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan anda di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
·         Tuntutan dan urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan diantara ahli/waris dengan pihak IPD.

Penamaan
·         Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli. Bagi ahli yang meninggal dunia, amaun yang dilaburkan akan dilepaskan kawalannya oleh KWSP. Bayaran kepada waris ahli akan dibuat oleh IPD mengikut undang-undang yang berkenaan

Amaun yang Layak Dikeluarkan
Anda boleh mengeluarkan simpanan seperti berikut:
1.       20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
2.       Jumlah minimum pengeluaran pelaburan adalah RM1000.00
3.       Jumlah maksimum tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas.
4.       Formula; (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%

Please Click to Enlarge


Senarai Dokumen yang Diperlukan
Dokumen Utama
1.       Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
2.       Kad Pengenalan Awam / Kad Pengenalan Malaysia (Mykad) / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR);
ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Awam merujuk kepada orang yang sama;
ATAU
Pasport. Jika ahli bukan Warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum Ogos 1998.
(ANDA DINASIHATKAN MENYEMAK BAKI SIMPANAN AKAUN 1 DAN KELAYAKAN PELABURAN TERLEBIH DAHULU)

Kaedah Bayaran
KWSP akan memindahkan amaun pelaburan yang dipohon daripada simpanan anda secara terus kepada IPD berkenaan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh permohonan diterima.

Cara Permohonan Dihantar
1.       Permohonan perlu dihantar melalui mana-mana IPD yang dipilih dengan mengemukan dokumen yang ditetapkan
2.       Pihak IPD yang mengemukakan permohonan anda kepada KWSP untuk diproses
3.       Anda dinasihatkan untuk melengkapkan satu boring permohonan sahaja bagi setiap pengeluaran yang dibuat. Pemindahan amaun pelaburan ini adalah tanggungjawab anda dan pembatalan pengeluaran selepas kelulusan diberikan adalah tidak dibenarkan.

Pertanyaan
Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi;
1.       Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
2.       Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel; 03-8922 6000
3.       Email: enquiry@epf.gov.my
4.       Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Taip KWSP dan hantar ke 36373

Sila nyatakan nombor ahli KWSP atau no. Kad Pengenalan dan jenis pengeluaran yang anda pohon apabila berurusan dengan KWSP. Anda juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli.