Monday, 7 November 2011

Kursus Ringkas Pelaburan Dana Unit Amanah


Bahagian 1
Apakah Unit Amanah?
Sebelum menilai samada anda perlu melabur dalam unit amanah (unit trust) mari kita berkenalan dulu dengan instrument kewangan yang semakin popular di kalangan orang ramai kini. Unit amanah secara mudahnya adalah skim pelaburan yang mengumpulakan wang daripada ramai pelabur yang mempunyai matlamat kewangan yang sama. Wang ini kemudiannya diberikan kepada seorang pengurus dana sepenuh masa yang akan melabur dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan oleh pihak pelabur. Aktiviti pihak pengurus dan wang pelabur dipantau dan diawasi oleh satu badan yang dipanggil Pemegang Amanah. Jadi ada tiga kunci kata yang penting difahami peranannya iaitu PELABUR, PENGURUS DANA SEPENUH MASA dan PEMEGANG AMANAH.

Kebaikan unit amanah memang banyak. Pertama – untuk jumlah pelaburan permulaan sebanyak RM500 – RM1,000 anda sudah boleh menikmati perkhidmatan pakar pelaburan professional, sepenuh masa pula tu. Anda juga boleh berkongsi maklumat seperti falsafah pelaburan, informasi kelakuan saham dan ramalan keadaan kewangan dunia akan datang. Kedua – untuk sejumlah wang yang kecil anda sudah boleh mempelbagaikan (diversification) pelaburan anda dalam pelbagai jenis saham. Ketiga – berbeza dengan pelaburan terus ke dalam saham, anda tidak perlu mengawasi pergerakan harga setiap hari atau melakukan kertas kerja urus niaga dan perakaunan untuk setiap saham yang dibeli.

Adakah Ianya Sesuai Dengan Anda?
Bagi kebanyakan orang memang sesuai, namun begitu ada juga ciri-ciri individu yang tidak bersesuaian dengan amalan pelaburan di dalam unit amanah ini seperti mereka yang ingin mengaut keuntungan cepat dan melakukan spekulasi dengan membeli unit-unit yang baru pada harga yang murah dengan nilai yang teramat besar. Namun begitu ini hanyalah pandangan segelintir individu. Bagi mereka yang mempunyai kemahiran kewangan di dalam pelaburan, unit amanah sememang bukan pilihan utama kepada mereka, kerana kemahiran yang anda akan digunakan sebaik mungkin dalam menggandakan pelaburan mereka dengan secepat mungkin. Pelaburan jangmasa sederhana dan panjang menjadi prinsip teras utama di dalam pelaburan unit amanah ini. Jika kita inginkan pulangan yang setara dengan yang dapat dinikmati daripada saham, maka unit amanah memang sesuai untuk diri anda. Jadi kesimpulannya jika anda tidak mempunyai modal yang banyak, tidak mempunyai masa untuk mengawasi setiap pelaburan anda dan tidak mempunyai pengetahuan yang terperinci maka unit amanah memang secocok sekali.

Kalau sesuai Yang Mana Satu?
 Rahsianya – ketahuilah diri anda terlebih dahulu. Sila nyatakan soalan-soalan seperti berikut;
1.       Apakah wawasan pelaburan anda?
2.       Berapa lama anda sanggup melabur?
3.       Apakah jenis pulangan yang anda mahu berbentuk pertumbuhan nilai atau pendapatan dividen?
4.       Apakah tahap risiko yang anda boleh tahan?

Sekiranya jangmasa pelaburan anda agak panjang (contohnya 10 tahun keatas) maka dana yang sesuai adalah Dana Pertumbuhan (Growth Fund). Dana ini mampu memberikan potensi pulangan yang tinggi tetapi prestasinya boleh turun naik dengan cepat. Tetapi dengan jangkamasa yang lama maka turun naik yang sedemikian boleh dipuratakan atau dibiarkan tanpa menjejaskan nilai pelaburan anda.

Sebaliknya jika jangmasa pelaburan adalah pendek (3-5 tahun), maka dana yang sesuai adalah Dana Seimbang (Balanced Fund) atau Dana Pendapatan (Income Fund), kedua-dua dana ini lebih mantap perubahan harganya berbanding dengan Dana Pertumbuhan, namun begitu potensi pulangan tidaklah begitu tinggi.

Setengah jenis dana, misalnya Dana Pertumbuhan lebih cenderung memberikan pulangan dalam bentuk perkembangan nilai modal (capital gain). Biasanya dividen tidak dibayar setiap tahun dan ianya mengikut perkembangan ekonomi semasa dan keputusan daripada pengurus dana itu sendiri. Setengah dana seperti Dana Bon (Bond Fund) dan Dana Pendapatan lebih cenderung memberikan pulangan dalam bentuk dividend dan bonus. Dana Seimbang pula boleh memberikan kedua-dua jenis pulangan iaitu pertumbuhan nilai dan dividen tertakluk kepada budi bicara pengurus dana.

Tidak kira apa jenis dana sentiasa ada risiko untuk mengalami kehilangan pokok pelaburan yang mungkin desebabkan oleh factor-faktor seperti perubahan politik, ekonomi, mata wang, kadar faedah (interest rate) dan pengurusan korporat yang lemah. Amnya lebih tinggi pulangan maka lebih tinggi risiko. Jadi pastikan yang tahap risiko anda sesuai dengan dana pilihan anda.

Tindakan Susulan:
Sila hubungi Konsultan Unit Amanah dan dapatkan prospectus dan penerangan daripada beliau dalam mengetahui selok-belok unit amanah. Anda juga boleh memuat turun prospectus daripada laman web yang diberikan ini. http://www.cwealthadvisor.com


Bahagian 2
Sebelum meneruskan bacaan, pastikan anda sudah tahu jawapan kepada soalan dibawah:
1.       Apakah unit amanah?
2.       Adakah ia sesuai dengan anda?
3.       Kalau sesuai yang mana satu?

Seterusnya mari kita melihat 2 contoh di mana pemilihan unit amanah yang sesuai secara sistematik dan betul dapat dilakukan. Contoh-contoh ini walaupun sebagai illustrasi tetap mencerminkan kes-kes sebenar yang dialami.

Contoh Pelabur 1:
Pak Mamat Berumur 55 Tahun
Pelabur sebegini mempunyai jangka masa pelaburan yang agak singkat dan besar kemungkinan memerlukan wang secara berkaladari tabung pelaburan untuk berbelanja kehidupan seharian. Dalam kes seperti ini, Pak Mamat perlu mengamalkan strategi pelaburan secara konsevatif (biar kurang hasil asal selamat) dengan membahagikan pelaburan dalam Dana Pendapatan atau Dana Bon. Dana Pendapatan biasanya masih mempunyai pendedahan kepada equity sebanyak 15% - 20% dan ini masih lagi memberi peluang kepada Pak Mamat untuk mendapat ‘durian runtuh’sekiranya indeks saham melonjak naik (bull run) dalam jangkamasa tertentu. Kalaupun tiada pergerakan indeks yang sedemikian pendedahan peratusan kecil kepada ekuiti tadi masih boleh bertindak sebagai alas untuk memberikan sedikit pertumbuhan modal (capital gain) bagi mengimbangi kenaikan perbelanjaan sara hidup akibat inflasi.

Contoh 2
Budin Berusia 25 Tahun
Pelabur sebegini mempunyai jangkamasa pelaburan yang panjang sebelum usia persaraan. Kalau kita andaikan Budin mempunyai anak dan akan membeli rumah, maka pengagihan pelaburan unit amanahnya perlu mengambil kira kedua-dua matlamat tersebut. Satu cadangan pengagihan (asset allocation) yang boleh Budin amalkan ialah diantara Dana Seimbang (yang mempunyai pendedahan maksimum kepada ekuiti sebanyak 60%) dan Dana Pertumbuhan (pendedahan maksimum kepada ekuiti mencecah 100%). Perkadaran kepada kedua-dua Dana tersebut pula bergantung kepada tahap risiko yang mampu ditanggung oleh Budin.


Di Malaysia kini terdapat beratus-ratus jenis Dana (Jumlahnya masih meningkat) unit amanah tetapi berpandukan kepada petua-petua di atas anda boleh memperkecilkan pilihan anda kepada sekitar 5-10 Dana sahaja. Tetapi pilihan dan portfolio anda perlu dipantau dari setahun ke setahun kerana perubahan dinamil yang bakal berlaku dalam profil kewangan dan pelaburan anda. Bagaimana pula memilih antara 5-10 dana berkenaan? Di sini anda boleh menggunakan khidmat seorang penasihat kewangan, jururunding Unit Amanah ataupun belajar membaca 3 sumber maklumat yang penting iaitu PROSPEKTUS, LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN, dan JADUAL PERBANDINGAN PRESTASI.

Prospektus
Prospektus diterbitkan oleh setiap syarikat unit amanahdan mengandungi maklumat-maklumat seperti:
1.       Objektif dan strategi semua dana yang wujud
2.       Yuran dan bayaran yang dikenakan
3.       Tahap risiko dan potensi pulangan yang berpadanan
4.       Cara-cara pelaburan yang boleh dipilih oleh orang ramai
5.       Biodata dan pengalaman individu-individu yang membentuk pasukan pengurus dana
6.       Akaun-akaun terperinci tentang maklumat kewangan dan prestasi dana

Laporan Kewangan Tahunan
Satu lagi sumber maklumat ialah LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN. Biasanya laporan ini memberikan maklumat-maklumat lain yang tidak terkandung di dalam prospectus seperti:
1.       Ringkasan prestasi dana
2.       Huraian dan ramalan kepada ekonomi dan pasaran saham
3.       Senarai penuh kaunter-kaunter pelaburan

Jadual PerbandinganPrestasi
Sumber terakhir adalah Jadual Perbandingan Prestasi yang diterbitkan olehg Badan Bebas seperti Lipper, Normandy dan Standard and Poor’s. Jadual-jadual ini boleh dilihat di dalam majalah tempatan seperti The Edge dan Personal Money (maaf kesemuanya dalam Bahasa Inggeris). Walaupun kita tidak boleh menggunakan sepenuhnya rekod prestasi dana sebagai penilaian mutlak, jadual sedemikian boleh memberikan satu gambaran tentang “rating” dan “ranking” semua dana-dana untuk satu jangkamasa tertentu.


Bahagian 3
Dalam artikel yang lepas kita telah pun melihat jenis dana unit amanah yang sesuai untuk 2 kategori pelabur seorang berusia 55 tahundan seorang lagi yang masih muda. Saya juga telah memberikan beberapa sumber maklumat yang boleh digunakan oleh anda untuk membolehkan pemilihan unit amanah yang sesuai. Mari kita lihat secara terperinci bagaimana anda boleh menapis antara ratusan unit amanah yang wujud di Negara kita kepada 3 atau 4 jenis yang sesuai untuk profil pelaburan anda. Kaedah tapisan kita akan meliputi 3 peringkat, iaitu:

1.       Meneliti pengurus dana
2.       Meneliti strategi dan gaya pelaburan pengurus dana
3.       Menaksir kos tersembunyi dan perbelanjaan pembelian dana

1.       Meneliti Pengurus Dana
Kalau boleh cuba gunakan perkhidmatan pengurus dana yang berpengalaman melabur dalam berbagai suasana ekonomi baik semasa gayat (bad ecomonic times) ataupun pada masa keadaan ekonomi yang baik. Pengurus dana juga perlu mempunyai falsafah pelaburan yang padu, rekod prestasi pelaburan yang mantap, kelayakan (competence) pelaburan yang meyakinkan serta ketelusan (intergrity).

Bagaimana pula andainya dana unit amanah ini baru dilancarkan atau tidak sampai setahun dipasaran? Dalam situasi ini, periksa samada pengurus dana unit amanah ini pernah atau sedang mengurus dana-dana unit amanah yang lain. Dana-dana yang berkenaan sebaiknya mempunyai 5 hingga 10 tahun sejarah prestasi yang baik. Selain itu kekukuhan prestasi juga perlu diambil kira.

Jawatan kuasa pelaburan yang bertanggung jawab menguruskan dana biasanya akan bermesyuarat sebulan sekali untuk meluluskan serta memperbaiki kaedah pemilihan saham dan peruntukan asset yang digunakan oleh pengurus dana. Hasil perbincangan ini kemudian disalurkan kepada pelabur melalui perjumpaan dan taklimat secara terus dengan pelabur. Oleh itu sebagai bakal pelabur ada baiknya jika anda menghadiri sessi sedemikian untuk melihat kualiti “input” maklumat sedemikian atau samada adakah apa yang dikata dahulu memang dikota.

2.       Meneliti strategi dan Gaya Pelaburan Pengurus Dana
Maklumat mengenai strategi dan gaya pelaburan boleh didapati daripada 2 sumber berkala yang diterbitkan oleh syarikat unit amanah. Pertamanya ialah laporan ringkas dana (funf fact sheets) yang diterbitkan setiap bulan atau 3 bulan sekali. Keduanya ialah laporan tahunan dab setengah tahun yang terperinci. Mengimbas kepada kedua-dua sumber ini akan memberikan idea kepada anda tentang strategi pelaburan dan perkadaran peruntukan asset yang dipraktikkan pengurus dana. Seterusnya kajian lebih mendalam tentang strategi pelaburan tadi akan memberi gambaran tentang gaya pelaburan yag digunakan.

Terdapat 2 gaya pelaburan – gaya peruntukan asset secara aktif dan gaya berdasarkan prinsip dan mandate. Dalam amalan gaya yang pertama – (peruntukan secara aktif) pengurus dana akan cuba mengurangkan pendedahan kepada sector saham secara mendadak apabila pasaran saham menurun dan melakukan sebaliknya bila pasaran meningkat. Dalam amalan gaya yang kedua – pengurus dana tidak akan menurut sepenuhnya perangai pasaran tetapi menggunakan falsafah dan prinsip yang telah ditetapkan oleh satu-satu dana semasa dana berkenaan mula-mula dilancarkan. Dalam erti kata lain gaya pengurusan dana ini tidak mementingkan “market timing” tetapi mengutamakan mandate yang diberikan oleh pelabur yang mempunyai satu tujuan pelaburan yang sama.

Jadi gaya mana yang lebih baik – perdebatannya masih berterusan sehingga hari ini. Gaya yang pertama, yang aktif, membawa sedikit risiko tetapi mempunyai potensi untuk menghasilkan keuntungan berlipat kali ganda. Tetapi sekiranya tersilap percaturan prestasi dana boleh tergugat secara keseluruhannya. Sekiranya gaya yang kedua dilakukan, pulangan mungkin sederhana sahaja dan prestasinya juga tidak banyak berubah dari satu syarikat ke syarikat yang lain. Ini kerana gaya kedua banyak menggunakan piawaian yang didorong oleh pemilikan saham secara sectorial. Pada praktiknya kedua-dua gaya ini boleh diamalkan bersama-sama untuk memperoleh manfaat yang maksimum sepanjang jangka hayat dana tersebut.

3.       Menaksir Kos Tersembunyi dan Perbelanjaan Pembelian Dana
Bayaran dan caj boleh berbeza dari satu dana ke dana yang lain. Syarikat pengurusan dibenarkan mengenakan 3 jenis bayaran:
a.       Caj Perkhidmatan Permulaan
Ini biasanya dimasukkan di dalam harga jualan yang ditawarkan oleh dana

b.      Bayaran Belian Balik
Ini mungkin dimasukkan di dalam harga belian yang ditawarkan oleh dana

c.       Bayaran Pengurusan
Ini merupakan bayran yang dikenakan oleh syarikat pengurusan bagi urusan mentadbir dana dan ianya dicajkan terus kepada dana.

Setengah perbelanjaan seperti bayaran pemegang amanah dan broker akan ditanggung oleh dana.

Tindakan Susulan:
Jangan berlengah, dapatkan dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan unit amanah pilihan anda. Lakukan biarpun buat masa ini poket anda kosong. Bagi mereka yang mempunyai access internet anda boleh memuat turun prospectus dan maklumat berkaitan dari laman web syarikat unit amanah pilihan anda. Ataupun anda boleh meminta seorang jururunding unit amanah yang anda kenali untuk menghantar dokumen berkenaan kepada anda. Sila dapatkannya di http://www.cwealthadvisor.com dan sms ke 019 3090390 zukhairi.


Bahagian 4
Mari kita sama-sama pastkan pemahaman konseo-konsep yang telah dibincangkan sebelum ini. Pertamanya sebelum melabur anda perlu tahu samada situasi anda sesuai untuk melabur dalam unit amanah. Anda harus memahami profil diri anda sendiri yakni toleransi risiko anda sendiri, sebab untuk melabur dengan jangka masa yang ada untuk peelaburan. Dari tapisan ini sepatutnya anda sudah memilih kira-kira 5 jenis dana unit amanah yang sesuai.

Keduanya kaji latar belakang pengurus dana dan individu professional yang terlibat. Maklumat sebegini boleh di dapati dengan mudah daripada prospectus syarikat dan laporan-laporan pihak ke tiga seperti Lippers dan Standard and Poor’s. Pilih mereka (pengurus dana) yang anda boleh percayai berdasarkan kepada pengalaman (ketika ekonomi baik dan buruk) dan gaya pelaburan (samada secara aktif atau mengikut mandate).

Ketiganya periksa samada kos untuk membeli dana adalah berpatutan. Lihat juga kalau ada perkhidmatan tambahan atau hadiah percuma (pada harga dikaun atau beli 1 dapat 2). Ppada peringkat “tapisan” ini anda akan mempunyai 2 atau 3 unit amanah yang secocok dengan keperibadian dan citarasa anda. Sekarang anda boleh membeli unit amanah tanpa was-was.

Apakah selepas membeli anda Cuma diam dan menanti keuntungan sahaja? Kesilapan ini banyak dilakukan oleh pelabur-pelabur di Negara kita. Proses pelaburan di dalam unit amanah tidak tamat begitu sahaja. Bergantung kepada tujuan pelaburan tabungan anda – yakni samada untuk menjual sebaik sahaja mendapat keuntungan atau melabur sedikit demi sedikit secara sistematik, anda harus memantau prestasi unit amanah anda. Sekiranya anda mencari peluang untuk membuat keuntungan maka pemantauan boleh dilakukan seminggu sekali untuk mendapat maklumat bagi ramalan akan datang. Sebaliknya jika jangmasa pelaburan anda adalah lebih lama maka pemantauan setiap 6 bulan atau setiap tahun sudah memadai.

Antara perkara-perkara yang perlu diteliti atau ditanya semasa proses pemantauan adalah seperti berikut:
1.       Adakah pelaburan anda secara keseluruhannya menunjukkan prestasi yang dijangkakan?
2.       Adakah pengurus dana mengikut strategi pelaburan dan pengagihan asset seperti mana dalam prospectus, siding akhbar atau temubual dengan wartawan?
3.       Adakah wawasan pelaburan asal anda perlu dinilai kembali?

Dalam kitaran hayat kita, boleh berlaku perubahan yang penting seperti berkahwin, mendapat anak, bersara atau memulakan perniagaan baru. Perubahan sedimikian boleh memaksa seseoang pelabur untuk menyemak kembali dasar pelaburannya secara menyeluruh. Contohnya katakan sepasang suami isteri bercadang untuk melabur selama 5 tahun sebagai modal perniagaan. Tanpa disangka si isteri yang sedang mengandung telah melahirkan anak kembar tiga. Si suami sekarang pasti menghadapi dilemma samada untuk menukar wawasannya atau mengutamakan penyimpanan untuk pendidikan anak-anaknya. Yang pasti beliau mungkin terpaksa membuat perubahan dalam menilai kembali tujuan asal pelaburan.

Satu lagi aspekyang patut dielakkan ialah “sentiment” (emotional attachment) terhadap pelaburan unit amanah anda. Sebagai manusia kita memang ingin sentiasa mengikuti perkembangan harga dan pencapaian unit amanah kita. Adalah waras jika anda sentiasa ingat bahawa keadaan pasaran yang sementara (seperti turun naik harga) tidak mengaburi wawasan kewangan anda yang asal. Jadi jangan sewenang-wenangnya menjual pelaburan anda Cuma kerana tiada dividen diisytiharkan atau termakan pujuk rayu agen unit amanah yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu apabila jangka masa wawasan pelaburan anda hampir sampai, jangan berpegang terus kepada pelaburan anda. Mulakan proses mengaut keuntungan secara beransur-ansur. Pada tahap ini objektif anda mesti menekankan pengekalan capital (capital preservation) dan bukannya mengharapkan kenaikan nilai (capital growth). Ini maksudnya – katakana anda sedang menyimpan secara sistematik untuk pendidikan anak 10 tahun lepas dalam Dana Pertumbuhan. Kini dia baru menghabiskan peperiksaan PMRnya. Strategi anda sekarang memindahkan secara berperingkat (yakni menjual) wang dalam Dana Pertumbuhan kepada instrument kewangan yang memberikan risiko yang minimum, pendapatan dan bersifat jangka pendek. Contoh akaun sedemikian dana bon, simpanan tetap, dan lain-lain. Dengan ini bila duit benar-benar diperlukan untuk berbelanja pendidikan anda tidak perlu bimbang tentang perubahan ekonomi atau pasaran saham.

Tindakan Susulan:
Kalau sudah sampai ke tahap ini anda sepatutnya mempunyai keyakinan untuk mula melabur dalam Unit Amanah. Modal Permulaan minimum adalah RM500 dan kalau mahu melabur setiap bulan secara berkala pelaburan minimum adalah dengan serendah RM50 setiap bulan. Kalau masih ragu, sekurang-kurangnya dapatkan prospectus atau maklumat dan baca menggunakan panduan yang telah saya berikan. Kalau anda berpeluk tubuh sahaja tanpa tindakan atau macam membaca novel cinta maka sia-sialah sahaja segala masa dan wang anda melawat blog ini. Untuk keterangan memuat turun prospectus http://www.cwealthadvisor.com atau hubungi sms zukhairi 019 3090390.


Bahagian 5 (Akhir)
Dalam pelaburan unit amanah seperti mana pelaburan lain (seperti saham, komoditi, hartanah dan emas) memang boleh memerangkap mereka yang tidak boleh membezakan antara yang salah dan yang benar. Kesilapan-kesilapan yang menanti untuk dilakukan boleh mengakibatkan kerugian dalam pulangan dan pengecutan pokok pelaburan. Berita baiknya apabila kita tahu asas tetang “perangai” pasaran kewangan (financials market), kita tidak mudah terperangkap. Disamping itu terdapat beberapa strategi yang telah diuji dan digunakan oleh pelabur-pelabur veteran sepanjang zaman yang boleh kita tiru.

Berikut beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur-pelabur unit amanah samada disedari atau tidak.

Menunggu tanpa sebab dan munasabah
Ada orang yang mahu menunggu sehingga semua pergolakan atau kejadian-kejadian tertentu menjadi lebih difahami sebelum melabur. Malangnya setiap ketika ada sahaja yang berlaku – peperangan, krisis penyakit, kemerosotan ekonomi dan keruntuhan kerajaan. Mereka yang ingin menanti sehingga semua kejadian ini berlaku akan “terlepas peluang” – pasaran akan bergerak ke atas sehingga melampaui kemampuan untuk membeli. Selepas itu mereka akan menanti kembali menunggu untuk datu jangmasa yang lebih lama dengan harapan pasaran tadi akan menurun semula ketahap di dalam kemampuan mereka. Akhirnya pelabur sedemikian akan menjual atau membeli pada harga yang kurang sesuai.

Penantian untuk perbezaan harga pasaran sebanyak 5, 10 atau 20 peratus tidak berbaloi jika jangkamasa pelaburan adalah untuk jangka masa panjang. Terdapat satu strategi untuk memulakan tindakan melabur tanpa mengambil risiko tinggi atau wang yang banyak. Anda boleh menimbangkan satu rancangan simpanan berulang di mana anda boleh melabur satu jumlah yang kecil pada setiap bulan. Satu kelebihan melabur sejumlah wang yang sama setiap kali adalah anda dapat membeli lebih unit bila harganya rendah dan kurang apabila harganya anik, dengan itu mengurangkan purata kos belian seunit. Inilah yang dikenali sebagai “pemurataan kos ringgit” (dollar cost averaging). Pelabur tidak perlu lagi memikir BILAKAH masa yang sesuai untuk membeli unit. Jika anda melabur semua serentak dan tidak mengagihkan pelaburan anda dalam satu jangka masa, akan wujud risiko anda mungkin melabur pada saat pasaran sedang mencapai kemuncak – dan akan menurun tidak lama lagi.

Melabur semata-mata kerana pengisytiharan dividend dan terbitan unit bonus (unit split)
Ada pelabur yang akan memilih unit amanah yang bakal mengisytiharkan dividen atau terbitan unit bonus kerana mengandaikan bahawa menikmati keuntungan. Ini merupakan satu kesilapan besar. Hakikatnya ialah pelabur sedemikian tidak akan membuat apa-apa keuntungan sekiranya mereka membeli unit amanah sebelum atau selepas pengisytiharan. Ini kerana sebaik sahaja selepas pengisytiharan pengagihan pendapatan atau terbitan unit bonus, harga unit akan diselaraskan supaya menurun. Akibatnya pelabur mungkin telah melabur dalam dana yang tidak sesuai dengan profilnya atau wawasannya. Lebih teruk lagi dia mungkin terpaksa menjual pelaburannya dalam kerugian.

Mengejar khabar angin atau mengikut sentiment orang ramai
Dalam dunia pelaburan “penyakit” seperti ini dikenali sebagai perrmainan “siapa lebih bodoh” (greater fools game). Punca penyakit ialah perasaan tamak dan kecenderungan untuk mengikut khabar angin yang disebarkan oleh orang ramai atau media massa. Disebabkan tidak mahu ketinggalan merebut keuntungan, pelabur akan mengikut rentak dan tindakan orang ramai tanpa berfikir panjang. Emosi lebih dipentingkan daripada akal. Contohnya pelancaran unti amanah internet di Negara jiran ketika kegilaan dotcom dalam tahun 1990-an. Sebuah dana IT yang dilancarkan berjaya memenangi Anugerah Unit Amanah dalam kategori IT bagi tahun 2003. Yang peliknya dalam jangka masa 3 tahun yang berakhir dalam tahun 2002 “dana juara” ini merosot nilainya sebanyak 69 peratus (sector Dana IT keseluruhan merosot sebanyak 83 peratus). Namun begitu pelabur masih membeli dana tersebut kerana publisiti penerimaan anugerahnya. Lebih melucukan lagi dana tersebut dikatakan layak menerima anugerah kerana walaupun nilainya merosot namun kadar kemerosotannya yang paling kurang di antara ddana-dana IT yang lain.

Tidak melakukan mempelbagaikan (diversification) unit amanah yang cukup atau berlebihan
Seperti pelaburan lain unit amanah mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu pembelian unit amanah sepatutnya tidak dihadkan kepada satu jennies sahaja. Tetapi jangan beli terlalu banyak sampai sehingga 10-12 jenis dana sehinggakan portfolio jadi macam “rojak”. Pelabur yang tidak melakukan pempelbagaian mungkin tidak tahu (jahil) atau malas untuk belajar menguruskan portfolio unit amanah mereka. Dunia pelaburan tidak dapat menerima alas an kejahilan atau kemalasan dan hukumannya ialah pelaburan anda akan mengalami kerugian di saat anda memerlukan wang kelak.

Pastikan anda tidak melakukan mana-mana kesilapan di atas, bila melabur selalu gunakan ootak kita, bukannya perasaan. Jika tidak buruk padahnya.

Tindakan Susulan:
Setakat ini anda sepatutnya sudah mempunyai satu akaun pelaburan unit amanah. Kalau anda berpeluk tubuh sahaja tanpa tindakan atau macam membaca novel cinta maka sia-sialah sahaja segala masa dan wang anda membaca blog ini. Kalau masih ragu-ragu sila dapatkan prospectus dan muat turun daripada http://www.cwealthadvisor.com.my atau hubungi saya sms kee zukhairi 019 3090390.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

Hidup Sederhana Kunci Kebebasan Kewangan Anda

“bila kita bercakap tentang kebebasan kewangan, kebanyakan orang akan membuat andaian bahawa mereka perlu memiliki berjuta ringgit untuk mencapai impian tersebut. Jawapannya benar dan juga palsu”



Jawapan teka-teki ini bergantung kepada gaya hidup (life style) individu berkenaan. Bagi mereka yang menjalani gaya hidup materialistic, impian untuk mencapai kebebasan kewangan akan tinggal impian sahaja kerana biar berapa besar pendapatan mereka, mereka akan senantiasa mencari ikhtiar untuk membelanjakan wang mereka. Kadangkala minda mereka ini amat kreatif sekali mencari alas an yang munasabah. Sebaliknya mereka yang mengamalkan hidup sederhana mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai impian mereka.

Saya pasti anda akan mendengar atau barangkali mengenali rakan sekerja, sanak saudara atau kenalan yang berpendapatan tidak tinggi tetapi mampu untuk membesarkan keluarga mereka disamping memberikan pendidikan yang cukup kepada anak-anak. Dengan berbekalkan pendapatan kurang daripada RM1,500.00 sebulan, entah bagaimana mereka dapat melakukannya. Aneh kita juga tahu bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 sebulan sentiasa merungut tidak cukup wang apatah lagi untuk memulakan system simpanan atau pelaburan. Jadi sebagaimana dengan adalah segala-galanya relative. Bergantung kepada pertukaran dalam cara anda berfikir, anda sudah boleh mengorak langkah pertama.

Jadi balik kepada persoalannya – berapakahyang seseorang itu perlu untuk menikmati kebebasan kewangan. Kita bernasib baik kerana tinggal di Malaysia, sebuah Negara yang begitu makmur sehingga memudahkan jalan kearah kebebasan kewangan. Ya – anda mungkin Cuma perlu RM480,000, sebuah rumah dan kereta yang dibayar penuh. Ini tidak bermakna kita mesti menunggu sehingga mencapai umur 55 tahun untuk menikmati hidup bebas hutang ini. Mengejar wang memang mustahak tetapi kita perlu juga memperlahankan irama kehidupan moden yang pantas tapi penuh dengan “stress”.

Mari kita lihat bagaimana manaa’kul jumlah RM480,000 tadi. Andaikata sepasang suami-isteri dengan seorang anak mempunyai belanjawan seperti dibawah. Umur mereka katakanlah di dalam awal 40 an dan sudahpun memiliki ruamh bernilai RM145,000 dan kereta RM45,000 yang sudah bayar sepenuhnya.

KATEGORI
TAHUNAN (RM)
Makanan
7,000
Air & Elektrik
1,800
Pakaian
1,100
Riadah
1,200
Belanja Kenderaan
3,000
Pendidikan
1,500
Kesihatan
1,800
Percutian
3,000
Tabung Pendidikan Anak
3,600
JUMLAH
24,000

Sekiranya pasangan tadi melaburkan wang mereka (RM480,000) dalam satu instrument kewangan yang memberikan sekurang-kurangnya pulangan 5% setahun (didalam mana-mana instrument unit amanah) maka mereka akan mempunyai aliran tunai RM24,000 setahun. Berapa perbelanjaan tahunan mereka? Juga RM24,000, ini bererti kalau mereka tidak bekerja pun semua perbelanjaan ditanggung beres.

Ada sesetengah daripada kita yang akan berdebat yang mengatakan hidup sederhana dengan rumah kecil dan kereta tua tak ada “kick”. Ingatlah rumah boleh dibina dengan batu-bata tetapi dihayati oleh hati atau penghuninya. Tak guna kalau rumah ada 4 bilik tetapi anak pinak menagih dadah atau jadi bohsia dan suami isteri pula tidur berasingan. Kereta pula hanya berfungsi membawa kita dari point A ke point B. kalau barang material kita kurang – kita akan lebih mempunyai lebih banyak ruang, kurang penyenggaraan dan kurang juga pening kepala.

Ada pula diantara kita akan menyoal “apa pula kata jiran, member, mak su, mertua dan …?”. Pedulikan mereka. Selagi anda menjalani kehidupan secara sederhana dan tidak banyak komplikasi itu sudah hebat! Kawan-kawan anda yang setia akan memberi anda galakan. Mereka yang lain sebenarnya cemburukan anda yang sudah berjaya menjumpai sesuatu yang diidamkan tetapi tidak dapat dinikmati. Mereka tidak sedar untuk menjadi seperti anda mereka perlu mempunyai sikap berikut:

a.       Berdisiplin untuk hidup mengikut kemapuan
b.      Percaya kepada diri sendiri dan tidak mudah mengalah
c.       Rajin menyimpan dan sabar menanti pulangan pelaburan anda untuk jangka masa panjang (simpanan pelaburan di dalam unit amanah)
d.      Kebolehan untuk menunda keinginan atau nafsu untuk memiliki sesuatu hingga benar-benar mampu
e.      Skill untuk membezakan antara “barang keperluan” dengan “kemahuan”

Dan akhir sekali perlu ada keberanian dalam untuk melakukan sesuatu di atas.

Tindakan Susulan:
Berapakah sasaran simpanan yang perlu anda capai untuk mencapai kebebasan kewangan secepat mungkin seperti pasangan di atas? Masukkan angka-angka anda dalam pengiraan di atas. Katakana jawapannya RM500,000. Berapakah pula jangkamasa yang anda akan bersara atau ingin berhenti kerja secara aktif? Katakana 10 tahun lagi, jadi jikalau dalam simpanan bank biasa secara bulanan kenalah simpan RM500,000 bahagi (10 x 12) iaitu lebih kurang RM4,200 sebulan! Memang masalah besar – sebab itu kena belajar melabur dalam akaun yang pulangannya lebih tinggi dan menjanakan pendapatan kedua sementara masih bertenaga. Jawapannya anda akan tahu dalam arkitel-artikel seterusnya.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

Sedikit Rahsia Pinjaman Perumahan


“Salah satu pembelian asset kita yang terbesar ialah rumah untuk di diami atau sebagai sumber pendapatan sewaan. Serentak dengan itu juga kita akan diperkenalkan kepada liability yang paling tinggi dan lama iaitu pinjaman perumahan”

Disebabkan keghairahan untuk memiliki rumah dan juga disebabkan kurang pengetahuan tentang selok-belok pinjaman, kita biasanya tergesa-gesa mengambil pinjaman yang ditawarkan. Antara taktik-taktik yang digunakan oleh pihak bank untuk menarik perhatian pengguna ialah menawarkan kadar faedah yang rendah untuk beberapa tahun, melupuskan bayaran guaman dan hadiah-hadiah percuma. Apa yang pengguna harus sedar ialah sebenarnya yang akan menentukan kehebatan sesuatu pakej perumahan ialah darjah fleksibiliti dan bagaimana aliran tunai (cash flow) anda boleh digunakan untuk mengambil kesempatan bagi memendekkan lagi jangka masa pinjaman. Apabila anda menandatangi kontrak pinjaman perumahan, anda biasanya akan diberitahu tentang jadual kadar faedah yang dikenakan. Tetapi adakah tawaran kadar faedah itu sebaik yang diiklankan atau sebaik yang anda rasa? Daripada pembayaran bulanan yang akan anda bayar adakah anda tahu berapa yang digunakan untuk mengurangkan pinjaman asal (principal) dan berapa pula pecahan untuk pembayaran faedah? Wang untuk bahagian faedah tidak akan digunakan untuk mengurangkan pinjaman tetapi akan hilang terus dari aliran tunai anda ke poket bank. Satu lagi perkara yang mungkin tidak ditunjukkan dalam kontrak pinjaman adalah jumlah keseluruhan yang perlu dibayar sebelum rumah tersebut menjadi milik anda sepenuhnya. Jangan terkejut jika jumlahnya 2-3 kali ganda daripada harga belian asal.

Sebagai contoh jika anda mengambil satu pinjaman perumahan selama 30 tahun yang bernilai RM100,000, jumlah semua pembayaran selama 30 tahun kepada bank akan menjangkau RM300,000. Cuma kira-kira 1/3 daripada RM300,000 itu ialah jumlah asal yang dipinjam, yang selebihnya (RM200,000) ialah bayaran untuk faedah yang akan “burned” begitu sahaja. Ya, tuan-tuan dan puan-puan wang sebanyak itu sepatutnya milik anda akan pergi menjadi milik hak orang lain. Wang ini sepatutnya bekerja untuk anda untuk meningkatkan lagi hidup keluarga anda. Apakah anda akan berpeluk tubuh dan melihat sahaja “sedekah” anda kepada pihak yang ketiga.

Biarkan saya dedahkan lagi satu lagi keganjilan dalam Pengurusan Kewangan masyarakat kita. Satu soalan dahulu, berapa kali anda rasa anda akan ataupun sudahpun “refinance” rumah anda? Secara puratanya dinegara kita 3 kali sepanjang hayat. Biasanya bila refinance kebanyakan orang akan mengambil pinjaman baru dan kembali ke takuk lama dimana 90% daripada jumlah pembayaran mereka akan pergi ke faedah balik. Kalau tabiat ini dikekalkan, kemungkinan anda akan tidak berupaya untuk memiliki sepenuhnya rumah anda sehingga akhir hayat.

Satu lagi “strategi kewangan” yang digunakan oleh sesetengah orang ialah mengekalkan pinjaman mereka walaupun sepanjang mungkin kerana wang lebihan mereka boleh digunakan untuk pelaburan misalnya dalam unit amanah (unit trust), saham atau sebaran instrument kewangan yang membawa kepada pulangan yang tinggi. Strategi ini nampaknya logic dengan syarat anda tahu apa yang anda benar-benar lakukan dan tidak kisah kalau mengalami kerugian sementara. Tetapi anda kurang yakin dengan diri anda sendiri ataupun tidak dapat mengambil risiko pelaburan, adalah lebih baik wang lebihan anda digunakan untuk memendekkan lagi tempoh pinjaman rumah anda. Kuncinya terletak pada perkataan RISIKO. Sekiranya wang lebihan anda dilaburkan di dalam pasaran saham sebagai contoh, pulangan anda tidak dijamin dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Tetapi jika anda amalkan cadangan saya anda boleh memperolehi kadar pulangan yang setara dengan kadar faedah pinjaman (contohnya BLR + 0.6 %) disamping kadar pulangan anda itu dijamin.

Jadi apa kesimpulannya: cuba usahakan agar tempoh pembayaran dan jumlah faedah yang “disedekahkan” kepada pihak bank dikurangkan mengikut kemampuan anda. Hubungi bank anda untuk berbincang tentang cara-cara yang wujud dan boleh dilaksanakan. Kadang kala Cuma beberapa pembayaran “extra” boleh memendekkan satu-satu pinjaman bertempoh 30 tahun kepada 21 tahun.

Tindakan Susulan:
Kalau sudah biasa shopping untuk pinjaman perumahan teruskan sahaja ke artikel yang lain sekiranya tidak biasa dengan pakej-pakej pinjaman perumahan pilih satu hari untuk melawat bank-bank dan syarikat insurans yang menawarkan pinjaman perumahan. Sebelum keluar daripada bank inilah maklumat yang perlu dikumpul. Dapatkan pakej daripada sekurang-kurangnya 3 jenis sumber:

1.       Bank komersial biasa yang menawarkan pinjaman konvensional dan bukan syariah
2.       Bank komersial biasa yang menawarkan pinjaman syariah
3.       Syarikat insurans yang menawarkan pinjaman jenis bersyarat

Balik dan bandingkan semua pakej yang anda kumpulkan. Bandingkan perkara seperti berikut:

1.       Kadar faedah yang dikenakan – kalau rendah kenapa, apakah keburukan yang ada?
2.       Bayaran yuran apakah yang diberikan percuma atau tidak dikenakan?
3.       Berapa lamakah jangka masa yang dikunci di mana anda tidak dibenarkan “refinance” ke bank lain?
4.       Apakah denda-denda yang akan dikenakan jika anda melanggar syarat-syarat pinjaman?
5.       Bolehkah anda mengambil insurans pinjaman secara berasingan atau terpaksa ambil pilihan bank?

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita

Halangan Semasa Hidup


Dalam bab ini kita akan membincang dengan mendalam tentang kebocoran Bahagian 2 iaitu Halangan Semasa Hidup. Unsur-unsur yang terlibat dalam Bahagian 2 ini adalah:

1.       Inflasi
2.       Cukai
3.       Pelaburan yang tidak sesuai
4.       Hilang Upaya
5.       Tabiat Menyimpan untuk Berbelanja

Inflasi
Nampaknya inflasi akan tetap berada disamping kita sehingga akhir hayat. Oleh itu rancanglah agar pendapatan anda naik pada kadar yang sekurang-kurangnya sama dengan inflasi (iaitu 4 – 7 peratus setahun). Kalau kita menyimpan atau melabur untuk masa depan pula, kesan inflasi yang menyebabkan “simpanan” kita mengecut dengan lebih hebat sekali.  Oleh itu disamping skema simpanan yang biasa kita perlu juga “melaburkan” wang lebihan pada kadar pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi (dividend an bonus melebihi inflasi 4% - 7% setahun minimum). Untuk tujuan sedemikian biasanya satu jumlah wang (Lump sum) diperlukan sebagai benih akaun pelaburan anda. Atas sebab ini cubalah menyimpan secara sistematik seawal yang boleh agar wang anda boleh berkembang cepat dari kadar inflasi.

Cukai
Inflasi boleh dianggap sebagai satu cukai sejagat yang amat kejam. Lagi satu cukai yang lebih di bawah kawalan kita ialah cukai pendapatan. Pada tahap tertentu dalam kitaran hidup kita, pembayaran cukai tidak dapat dielakkan tetapi mujurlah ianya dapat ditangguhkan (tax deferred) atau dikurangkan. Buat masa ini dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa di Negara Malaysia produk-prosuk kewangan yang berkait dengan insuran dan pelaburan mempunyai insetif-insentif cukai yang menguntungkan rakyat. Jadi silalah ambil kesempatan sedemikian sebelum ianya ditarik balik satu masa kelak.

Pelaburan Yang Tidak sesuai
“Ini tidak bersesuaian bagi mereka yang berpendapatan sederhana atau banyak tanggungan”
Satu prinsip yang sering dilupai oleh pelabur ialah kalau kadar pulangan meningkat maka begitu juga dengan risikonya akan meningkat. Bagi mereka yang berada (kaya), hal ini tidak begitu serius kerana mereka boleh menahan risiko kehilangan principal/modal pelaburan disamping menunggu masa yang sesuai untuk pelaburan buruk tadi bertukar menjadi baik. Ini tidak sesuai bagi mereka yang berpendapatan sederhana atau banyak tanggungan. Ada 2 sebab. Pertamanya ialah asset-aset yang ada kini biasanya dikumpul melalui usaha yang gigih dan tidak boleh dihilangkan begitu sahaja. Keduanya ialah kalau berlaku kerugian – usaha mengatasinya akan berganda pula – contohnya satu pelaburan bernilai RM1000 jatuh ke nilai RM500 (kerugian 50%), untuk balik ke tahap asal (untung tiada rugi pun tiada tapi buang masa sahaja) pelaburan ini mesti naik balik sebanyak 100% (2 kali kerugian). Kesimpulannya ialah guna strategi yang lebih praktikal – melabur untuk keselamatan (security) dulu dan kadar pulangan kemudian.

Hilang Upaya
Di sini kebocoran yang dimaksudkan ialah jawapan kepada soalan “kalau anda hilang upaya semalam dan tidak dapat bekerja lagi, berapa lama boleh simpanan dan wang jualan harta dapat bertahan?”. Selagi asset kita belum lagi menjadi matang – kita patut menyediakan dana insurans untuk melindungi pendapatan akan datang (future income).

Tabiat Menyimpan Untuk Belanja
Simpanan untuk belanja (consumptive saving) contohnya menyimpan untuk membeli peralatan hi-fi tercanggih, tidak boleh menghasilkan satu asset yang bakal meningkatkan nilainya. Keadaan psikologi kita menyebabkan kita cenderung untuk berbelanja gaji kita untuk membayar bil – kemudian sebarang baki (kalau ada) baru ditabungkan. Tabiat ini mesti diubah serta merta kepada simpanan dahulu kemudian bayar yang lain (save first than spend the balance). Memang mungkin tak masuk akal tetapi kalau saya cabar anda untuk cuba selama 6 bulan dan lihat kesan pada tabung simpanan anda yang dahulunya selalu kontang.


Tindakan Susulan:
Apakah kebocoran yang paling besar dalam corong anda? Kalau tak faham konsep corong ini baca kembali 2 artikel terakhir berkaitan dengan FNA. Setrusnya cubalah menampal kebocoran tersebut dengan teknik-teknik yang telah anda pelajari sehingga kini.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita