Monday, 7 November 2011

Buat Perancangan Untuk Perlindungan Kemalangan

Untuk melindungi keperluan kewangan anda apabila kemalangan menimpa, anda perlu mempunyai matlamat yang jelas, iaitu menentukan jenis perlindungan yang bagaimana anda perlukan. Biasanya perlindungan insurans kemalanganyang diberi meliputi pelbagai jenis kemalangan lain seperti:

1.       Aktiviti bermotor
2.       Hilang
3.       Semua sukan amatur (kecuali seni sukan mempertahankan diri dan tinju)
4.       Sukan air termasuk perahu layar dan luncur air
5.       Scuba diving (sehingga kedalaman 50 meter)
6.       Memburu
7.       Memanjat gunung
8.       Bermain polo
9.       Terjun bangee
10.   Bencana alam semulajadi
11.   Gigitan serangga, patukan ular atau gigitan haiwan
12.   Demonstrasi, tunjuk perasaan atau rusuhan
13.   Pembunuhan atau diserang
14.   Lemas
15.   Sesak nafas akibat terhidu asap beracun
16.   Keracunan makanan dan minuman

adus.....!!!!

Siapa yang membuat perancangan?
·         Penunggang atau pembonceng motosikal (kerana risiko kemalangan yang sangat tinggi)
·         Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang hyper active
·         Mereka yang mempunyai tabiat gemar memandu dengan laju (bukan pelumba haram)
·         Orang yang mempunyai pinjaman sampingan seperti pinjaman kereta, peribadi dan kad kredit
·         Sesiapa sahaja yang inginkan perlindungan kemalangan yang komprehensif bagi dirinya atau keluarga.

Tip Penting Sebelum Anda Beli Rumah

“Rumah adalah keperluan asas bagi setiap orang. Rumah ialah tempat kita berteduh dari hujan dan panas. Namun sebelum membeli sesbuah kediaman, ada beberapa factor penting yang perlu anda titik beratkan. Berikut adalah beberapa tips ringkas sebelum anda mengambil keputusan untuk menyewa atau membeli sebuah kediaman idaman hati.”


Kedudukan Rumah
Rumah yang berhampiran dengan tempat kerja selalu menjadi pilihan utama setiap orang apatah lagi jika anda belum lagi mempunyai kenderaan sendiri. Satu lagi kenapa anda memilih untuk membeli sesebuah kediaman ialah kawasan kediaman itu berhampiran dengan kemudahan awam bagi memudahkan anda bergerak ke mana-mana. Bagaimanapun harga rumah yang terletak ditengah-tengah kota metropolitan sangat tinggi kerana berdekatan dengan kemudahan yang sedia ada. Sebagai jalan penyelesaian, tidak ada salahnya jika anda membeli kediaman yang terletak di pinggir kota yang bersesuaian dengan budget anda. Jika anda tidak mempunyai kenderaan, pastikan kediaman itu memiliki kemudahan perkhidmatan bas sekurang-kurangnya dan jika anda memiliki kenderaan sendiri, pastikan kawasan kediaman anda berdekatan dengan tol bagi mempercepatkan perjalanan anda ke pejabat setiap hari. Bagi mereka yang memilih apartment, pilihlah lokasi yang terletak ditengah-tengah Bandar atau sekurang-kurangnya di lokasi yang selesa.

Harga Beli
Keuntungan membeli kediaman yang baru adalah anda tahu tentang harga sebenar rumah tersebut berbanding anda membeli rumah tersebut daripada tuan rumah asal. Namun apa yang paling penting, kelebihan membeli rumah yang baru dibina ialah anda tahu keadaan rumah tersebut dan masih berkesempatan meminta pemaju perumahan membaiki kerosakan yang dialami. Untuk rumah yang dibeli melalui tuan rumah asal, anda perlulah bijak dalam tawar menawar, jika pemilik asal rumah memerlukan wang secepat mungkin, mungkin anda perlu bersedia dengan wang tunai yang mencukupi. Perlu diingatkan harga rumah yang dijual oleh pemilik asal rumah berlainan harganya dengan harga yang dijual melalui agen perumahan.

Kemudahan Asas
Pilihlah kediaman yang mempunyai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak pemaju. Jika rumah yang anda beli masih dalam proses pembinaan, pastikan pihak pemaju perumahan menyediakan kemudahan yang terjamin. Bekalan air dan elektrik adalah perkhidmatan asas yang diberikan oleh pihak pemaju perumahan. Kemudian lain yang perlu diperhatikan ialah jalan tar yang elok, system perparitan yang baik dan sempurna dan dijaga rapi.

Perbelanjaan Tambahan
Biasanya perbelanjaan tambahan yang perlu anda sediakan adalah untuk pengubahsuaian jika anda mahu. Ianya bergantung kepada luasnya sesebuah kediaman. Bagi kediaman apartment, pemaju perumahan akan mengenakan bayaran perkhidmatan bulanan seperti untuk membersihkan kawasan sekitar bangunan apartment, mengutip sampah, menyapu sampah dan sebagainya.

Perlukah Suami Isteri Membuat Akaun Bersama

“Anda baru mendirikan rumah tangga? Tentu banyak yang anda rancang demi untuk kebahagiaan bersama yang tersayang”



Sudah tentu masih banyak lagi keperluan yang harus difikirkan. Salah satunya memikirkan masalah kewangan. Nah berbicara masalah yang satu ini, pastinya tidak lepas dari istilah simpanan bersama. Simpanan bersama adalah akaun simpanan yang dimiliki atas nama dua penama. Dimana kedua-dua pemilik sama-sama mempunyai hak untuk mengeluarkan wang tersebut. Bagaimanapun, sebenarnya tidak selalu simpanan bersama didefinasikan seperti itu. Boleh jadi akaun simpanan bersama di definasikan sebagai simpanan yang di namakan hanya pada satu orang sahaja, namun boleh dikeluarkan untuk keperluan rumah tangga.

Tahukah anda apakah tujuan mempunyai akaun simpanan bersama?
Ini adalah pertanyaan yang sering bermain-main difikiran anda bukan? Ada banyak alasan mengapa orang bermotivasi untuk membuka akaun simpanan bersama. Pertama – keinginan untuk meningkatkan rasa kebersamaan diantara mereka melalui sesuatu yang dimiliki bersama-sama. Selain itu – akaun simpanan bersama ini biasanya dibuka kerana suami isteri itu memiliki tujuan bersama yang hendak diraih pada masa hadapan. Tujuan Ketiga – adalah keperluan sehari-hari sementara yang terakhir adalah untuk mengawal pengeluaran salah satu diantara mereka.

Namun sayangnya membuka akaun simpanan bersama boleh juga menjadi punca konflik dalam rumah tangga. Keadaan begini terjadi apabila salah satu pihak menggunakan wang dalam akaun simpanan itu di luar kesepakatan bersama. Kalau anda memang tertarik untuk membuka akaun simpanan bersama, sebaiknya sebelum melakukannya, perhatikan dulu hal-hal berikut ini:

1.       Berbincang dengan pasangan mengenai apa sebenarnya tujuan membuka akaun bersama. Selain itu bincangkan pula mengenai rancangan masa depan. Jika ternyata anda berdua ditakdirkan berpisah, apa yang harus dilakukan dengan simpanan tersebut?
2.       Dapatkan kepastian sekali lagi untuk keperluan apa wang dalam akaun simpanan itu akan digunakan
3.       Berbincanglah tentang siapa yang akan memasukkan wang ke dalam akaun simpanan tersebut dan berapa jumlah yang ingin disimpan setiap bulan. Apakah pasangan anda sahaja, atau dibahagi dua antara kalian berdua. Jika simpanan  dilakukan secara berdua, tentukan pula jumlah yang sepatutnya disimpan setiap bulan agar adil dan sama rata.
4.       Apabila wang daripada akaun simpanan bersama itu digunakan untuk membayar perkara-perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan dan sebagainya, pastikan masih ada wang berbaki di dalam akaun simpanan sebagai simpanan masa depan. Sebaik-baiknya selepas menggunakan wang tersebut, “kembalikan” semula jumlah wang telah terpakai. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh mendidik diri sendiri agar lebih berdisiplin ketika menggunakan wang
5.       Jika anda sudah memiliki akaun simpanan bersama, dicadangkan anda senantisa mengemaskini jumlah wang yang disimpan di dalam akaun tersebut. Pastikan juga anda dan pasangan anda berdisiplin ketika membuat simpanan ke dalam akaun simpanan bersama setiap bulan. Jangan ada diantara anda yang cuba untuk “curi tulang”
6.       Bersiap sedialah untuk menghadapi keadaan yang tidak dijangka, iaitu penggunaan wang dari akaun simpana bersama. Jika keadaan ini berlaku walaupun kita semua tidak menginginkannya terjadi, sebaliknya anda hadapilah dengan hati yang tenang. Jangan sampai masalah wang tersebut, hubungan anda dan pasangan menjadi renggang.

Mengapa Rancang Tabung Pendidikan Penting

“Pendidikan yang sempurna merupakan hadiah paling murni yang seorang ibu atau bapa boleh berikan kepada anak-anaknya”


Bukan sahaja ia akan membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan serta masa depan yang cerah, pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) boleh meningkatkan kebijaksanaan dan membuka minda anak anda kepada pelbagai idea baru. Tetapi tahukah anda hanya 3 peratus pelajar dari lepasan menengah yang berjaya ke IPT Awam? Bagaimana pula dengan nasib 97 peratus pelajar tersebut?

Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau di IPT Swasta boleh dijadikan jalan alternative, tetapi tahukah anda kos pengajian di IPT Swaasta atau luar Negara amatlah tinggi? Setiap tahun ramai pelajar yang menangis kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran di institusi pilihan mereka tidak kesampaian. Bukan itu sahaja. Ramai ibu bapa lain pula yang terpaksa meminjam dari pelbagai institusi kewangan yang mengenakan faedah tinggi.

“mengapa ini berlaku? Jawapannya amat mudah – mereka tidak bersedia dari awal untuk menyediakan tabung pendidikan anak merka. Tahukah anda bahawa kos pendidikan IPTS berjumlah RM68,500 hari ini dan akan menjadi RM163,133 pada 18 tahun akan datang? Disinilah yang ramai orang tidak sedar betapa pentingnya untuk memulakan simpanan pendidikan anak-anak daripada sekarang. (sumber: education guide Malaysia Edisi ke-4). Jumlah selepas kehadiran inflasi 5% mengikut trend kenaikan kos pendidikan di Malaysia.

Bagaimana untuk memulakan tabung pendidikan?
Langkah 1
Tentukan jenis pendidikan yang ingin anda sediakan untuk anak anda, samada IPTA atau IPTS, program berkembar mahupun ke luar Negara.

Langkah 2
Tentukan jumlah simpanan yang perlu dibuat untuk anda mencapai matlamat anda. Anda perlu mengambil factor seperti tempoh sebelum anak memulakan pengajian ke IPT, kadar inflasi kos pendidikan (sekitar 5% setahun) dan mencari jumlah kos pendidikan pada suatu masa akan datang. Sebagai panduan ringkas, anda boleh menggunakan calculator education planner kami. Anda boleh melihat sendiri, berapa jumlah yang perlu anda simpan pada kadar bulanan/tahunan atau kadar sekali gus.

Langkah 3
Untuk menyediakan tabung pendidikan yang lengkap, anda boleh menyimpan sebahagian duit anda di dalam Insurans Pendidikan dan melabur sebahagian lagi di dalam Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust. Dengan ini, bukan sahaja simpanan anda dapat melindungi kebajikan dan masa depan anak anda dan memberi pelepasan cukai pendapatan, malahan risiko pelaburan boleh dipelbagaikan dengan dana pelaburan yang lebih produktif.

Kelebihan Setiap Pakej Pelaburan Pendidikan
Insuran Pendidikan Anak
·         Memberikan perlindungan khairat kematian, hilang upaya dan penyakit kritikal juvenile kepada anak anda
·         Menjamin tabung simpanan mencukupi walaupun apabila berlaku kematian ke atas ibu-bapa melalui rider faedah pembayar
·         Memberi pelepasan cukai pendapatan RM3,000 bagi setiap ibu & Bapa (maksimum RM6,000 bagi ibu bapa yang bekerja)
·         Kadar pulangan untuk pelaburan insurans adalah diantara 0% - 13% (mengikut prestasi dana pelaburan)
·         Dana pelaburan boleh dipelbagaikan mengikut toleransi risiko
·         Simpanan boleh dibuat secara kadar bulanan / tahunan
·         Pinjaman pendidikan tanpa faedah juga diberikan kepada mereka yang layak.

Simpanan Tetap
·         Pelaburan yang berisiko rendah dengan kadar pulangan terjamin diantara 4.4% - 5% setahun
·         Perlindungan insuran diberi secara percuma kepada pelabur (125 peratus daripada jumlah simpanan permulaan)
·         Simpanan boelh dibuat secara sekali gus atau secara kadar bulanan / tahunan (mengikut had minimum)

Pelaburan Saham Amanah / Unit Trust
·         Dana pelaburan boleh dipelbagaikan mengikut toleransi risiko
·         Pelaburan berpotensi untuk memberi pulangan lebih produktif sekitar 0 peratus hingga 25 peratus (mengikut prestasi dana pelaburan)
·         Simpanan boleh dibuat secara sekali gus atau secara kadar bulanan / tahunan (mengikut had minimum)

Di manakah Subjek Pengetahuan Kewangan dalam Sistem Pendidikan Kita?

“System pendidikan kita baik diperingkat rendah, menengah dan university telah lupa untuk menerapkan satu pengetahuan praktikal yang amat penting iaitu Pengetahuan Kewangan terutamanya Pengurusan Hutang dan Pelaburan”

Kecik2 dah pandai sign cek !


Hasilnya kita saban hari boleh membaca kisah berbagai mangsa penipuan dan hutang –piutang baik yang sah atau tidak sah. Kanak-kanak yang akademiknya bagus tidak dapat menyambung pelajaran ke menara gading kerana ibu-bapa tidak dididik untuk menyediakan tabung pendidikan. Warga tua yang tidak berdaya dan uzur sepatutnya bersara tetapi terpaksa bekerja kerana wang pencen atau KWSP tidak mencukupi untuk persaraan.

System pendidikan kita yang begitu canggih dan berorientasikan peperiksaan, mengajar subjek sejarah, perdagangan dan matematik tetapi tidak mengajar bagaimana system kapitalis bermula, berkembang dan menggerakkan ekonomi kita. Sejarah perkembangan syarikat-syarikat perniagaan di Negara kita sekarang dan dahulu tidak disentuh, walhal ramai rakyat termasuk datuk, nenek malahan ibu bapa kita telah dibesarkan dengan hasil gaji imbuhan majikan.

Matematik dan sains rumah tangga diajar tetapi di mana dia bab tentang mengapa menabung daripada kecil boleh menghasilkan jutawan muda. Atau bagaimana ilmu hisab yang mudah boleh digunakan untuk membina cerita tentang sesebuah syarikat di bursa saham, mengenal pasti samada syarikat ini akan berjaya atau tidak dalam perniagaannya dan patutkah melabur dalam saham syarikat ini.

Semangat patriotic sebagai bangsa Malaysia diserapkan disemua peringkat pendidikan tetapi lebih bercorakkan politik dan kerajaan. Tidak disebut langsung tentang semangat patriotic ribuan ahli-ahli perniagaan baik kecil mahupun besar yang merupakan tunggak kekayaan dan kekuatan Negara kita. Sekiranya tiada pelabur untuk menyediakan wang bagi pembentukan syarikat baru, pembesaran syarikat lama, penghasilan teknologi yang lebih cekap serta penyediaan kerja bagi jutaan rakyat, maka sudah pasti ekonomi Negara kita akan ranap perlahan-lahan.

Mempelajari akan ilmu kewangan terutamanya pelaburan sememangnya menyeronokkan dan begitu praktikal dalam kehidupan seharian kita semua. Dengan ilmu ini anda boleh memulakan perjalana kearah kekayaan sehingga perut menjadi boroi atau pandangan mata semakin kabur.

Dalam masyarakat kita, tanggungjawab kewangan secara tradisional diserahkan kepada kaum Adam dan kaum Hawa Cuma memandang sebagai pemerhati. Seorang wanita boleh melakukan aktiviti kewangan (seperti pelaburan) sebaik orang lelaki. Kadang-kadang lebih baik kerana wanita dikurniakan beberapa sikap yang amat sesuai untuk menjadi seorang pelabur. Jadi kalau anda mendengar penyata “Cuma yang educated dan pandai sahaja boleh menjadi pelabur” ingatlah itu satu dongengan yang karut.

Hukum-hukum kewangan mudah sahaj untuk difahami. Yang pertama ialah pelaburan bermula dengan simpanan. Duit bawah bantal dan tabung buluh bukan pelaburan tetapi kalau dipindahkan ke bank, menajdi bon atau unit amanah serta saham syarikat – kini ianya sudah di laburkan. Duit yang anda labor ini akan digunakan oleh orang lain untuk membeli rumah, kilang, bangunan yang mana menghasilkan pelerjaan. Lebih pekerjaan lebih baik imbuhan untuk para pekerja. Sekiranya pelabur ini dapat melabur wang simpanan mereka – maka roda pusiongan wang ini berjalan semula.

Tidak dapat dinafikan bahawa adalah penting untuk mendapat pendidikan yang baik supaya dapat pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan. Apa yang mungkin kita tidak sedari ialah kekayaan seseorang di masa akan datang bukan bergantung kepada bilangan angka di dalam gaji atau pendapatannya. Hakikatnya ianya bergantung kepada berapa banyak wang yang mampu disimpan dan “wang bekerja” untuk anda. Dalam erti kata lain simpan dan seterusnya dilaburkan.

Sememangnya masa yang terbaik untuk memulakan melabur ialah pada usia muda, kalau boleh pada masa kanak-kanak. Namun demikian pengenalan kepada konsep kewangan tidak semestinya untuk golongan muda sahaja. Sesiapa sahaja yang keliru dan kurang arif tentang asas-asas pengetahuan kewangan boleh mempelajarinya. Buktinya anda yang sedang membaca blog ini. Tidak kira apa pendidikan, jantina atau IQ anda, anda boleh mempertingkatkan IQ kewangan sehingga ke taraf yang dibanggakan. Para pembaca yang sudah bersara atau berpangkat “senior citizen” pun patut belajar melabur dan seterusnya mengajar orang muda ilmu kewangan seperti kenapa orang muda patut lebih banyak menyimpan daripada menghabiskan wang mereka.

Segala-galanya bergantung kepada sikap anda – kalau anda rasa terlalu rendah diri sehingga memperkecilkan kebolehan anda sendiri maka sampai bila-bila pun anda akan dibelenggu kejahulan kewangan. Tepuk dada tanyalah selera.



Pengurusan & Pemilihan Kredit Secara Bijak

Bahagian 1

“Masyarakat kita telah lama mengenali satu konsep kewangan yang dikenali sebagai ‘beli sekarang dan bayar kemudian’. Para pencipta konsep ini memang mempunyai niat yang baik serta murni supaya pengguna barangan/perkidmatan tidak dijadikan mangsa.”



Tambahan pula struktur kewangan pada zaman berkenaan memang “straight forward” dan tiada unsur-unsur exploitasi. Para pengguna pula tidak perlu mempunyai pengetahuan kewangan yang sofistikated kerana perhubungan dengan pihak pemberik kredit dengan mereka berasaskan sikap saling percaya mempercayai. Sekarang medan permainan kredit ini sudah jauh berubah dengan wang menjadi perrcaturan utama. Soalnya ialah wang tersebut akan diambil daripada siapa akhirnya?

Sebelum kita terokai lebih lanjut mari kita semak keupayaan kredit anda secara ringkas. Apakah sejarah kredit anda OK? Tahukah anda ramai yang tidak dapat menikmati kredit kerana salah langkah, terlalu banyak hutang akibat tipu daya orang. Oleh itu anggaplah kebolehan kredit anda senagai satu asset yang berharga. Biasanya kedudukan kredit anda boleh dianggap baik jika:

1.       Berupaya mendapat pinjaman kereta dengan tanda tangan sahaja?
2.       Berupaya mendapat kredit menggunakan tanda tangan sahaja?
3.       Berupaya mendapat pinjaman RM5,000 sehingga RM10,000 tanpa sebarang cagaran?

Kalau anda melakukannya bersyukurlah kerana ini menunjukkan keistimewaan dan jika tidak disalahgunakan boleh membawa kebaikan seperti berikut:

1.       Meningkatkan daya pembelian dan tahap kehidupan anda
2.       Mempunyai ruang bernafas sekiranya perlukan wang kecemasan
3.       Menguruskan supaya kos kredit / hutang tidak menjadi beban tambahan

Ingin saya tekankan bahawa penggunaan kredit yang bijaksana merupakan satu komponen yang paling penting dalam pengurusan kewangan. Bahkan saya berani mengatakan yang kemahiran ini lebih penting daripada kemahiran pelaburan atau kemahiran mencari wang. Faktanya ramai yang berpendapatan beribu-ribu ringgit tetapi berbelanja melebihi pendapatan atau terpaksa berhutang demi mengembangkan perniagaan. Dari segi harta seolah-olah banyak tetapi hutang di kelliling pinggang dan aliran tunai pula negetif. Kes mereka tidak ubah seperti mengalami pendarahan secara perlahan-lahan. Ini bukannya disebabkan oleh nasib tetapi kerana kurangnya pendidikan asas tentang pengurusan kredit.

Kemahiran pengurusan kredit yang perlu dipelajari ialah:

1.       Membandingkan kadar kredit yang berbeza-beza paada piawaian yang betul
2.       Menggunakan satu system pengurusan hutang
3.       Mengetahui perlindingan dan hak pengguna yang diberikan oleh undang-undang

Kebolehan “beli dulu bayara kemudian” ini merupakan satu kemudahan yang bagus dan hebat. Masalahnya ramai pengguna yang tidak tahu bagaimana menggunakan “kuasa” ini untuk menukarkan kredit daripada tuan punya kepada hamba. Mari kita sebut mentera semerah padi ini tiga kali – Kredit bukannya percuma – kredit bukannya percuma – kredit bukannya percuma.

Ya inilah perkara paling asas untuk memahami segala-galanya berkaitan masalah kredit. Kredit diberikan sebagai perkhidmatan dan oleh itu mesti MEMBAYAR kosnya. Seperti beli beras atau ikan. Kena bayar untuknya bukan – dan harganya sudahpun anda tahu. Masalahnya ialah bila kita berhutang, adakah anda tahu berpakah kosnya?

Berhutang pasti bukan percuma. Biarpun kita meminjam daripada kawan/ibu-bapa/sanak saudara kos dari kreadibiliti dan psikologi tetap ada. Berbalik kepada kos kewangan – ketahuilah bahawa jika bayaran penuh untuk satu barangan/perkhidmatan tidak dapat dilakukan, maka kesannya ialah bunga (interest) akan dikenakan kepada baki yang belum dijelaskan. Dalam system kewangan Islam tiada bunga dikenakan – namun kosnya masih ada Cuma cara kiraannya berbeza dan unsur riba pula telah dihapuskan.

Kalau kita lihat dari segi matematik tanpa mengira keadaan unsur riba atau tidak – dengan peredaran masa kos bunga yang terkumpul boleh menyamai jumlah pinjaman asal. Contohnya katakana harga satu barang ialah RMX dan setelah satu jangkamasa N tahun anda mengira balik jumlah bayaran yang telah dilakukan (RMY). Jangan terkejut jika anda mendapati RMY boleh bersamaan 2 kali RMX. Satu contoh yang baik ialah pinjaman barangan yang dipanggil rumah atau tanah.

Baiklah kita telah pun melihat kredit bukannya percuma. Ada lagi yang kredit bukannya seperti yang disangka. Kredit bukannya……



1.       Pendapatan Tambahan atau Tunai Lebih – menggunakan kredit samalah seperti membelanjakan gaji bulan depan dalam bulan ini. Pelik bukan! Hasilnya tanpa disedari gaji anda yang anda terima setiap bulan selalu tidak cukup untuk membayar perbelanjaan bulanan yang tetap. Bagi mereka yang tersenyum bila membaca ayat lepas cepat-cepatlah uruskan hutang anada senyuman bertukar kepada keluhan.
2.       Satu penyelesaian untuk membeli sesuatu yang sebenarnya anda tak mampu – sebenarnya kos kredit yang berkenaan akan menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi daripada apa yang dipaparkan pada labelnya. Walaupun anda berjaya memiliki barangan tersebut tetapi “living standard” anda sudah menurun. Ini seperti mempunyai banyak asset yang disimpan di rumah untuk tetamu puji tapi kaum keluarga kena makan nasi bubur segera setiap hari. Jangan tertipu sebegitu sekali. Segeralah uruskan huang anda.
3.       Tiada had atau terbuka sepanjang masa memperkenalkan istilah BAFIA – biasanya pihak bank memperkenalkan system BAFIA untuk menyemak rekod kredit pemohon. Kalau seseorang itu disenarai hitamkan dalam rekod BAFIA maka susahlah nak dapat kredit sah, kenalah cari MAFIA pula (ceti atau ahlong). Jadi bagi yang dah ada rekod kredit yang baik, pertahankannya selama mungkin.
4.       Suatu permainan seperti mana-mana permainan anda harus tahu undang-undangnya – kalau degil tak mahu ikut pasti tewas. Kalau kita mendatangani sebarang kontrak hutang ambil masa untuk baca mana yang sempat. Belek-beleklah dulu kalau tak faham pun belek sahaja. Kadang-kadang Tuhan boleh beri petunjuk di mana boleh tersembunyinya ayat-ayat yang tidak menyebelahi kita.
5.       Tanggungjawab peminjam – jangan salahkan peminjam korporat atau along kerana tidak jemu menggoda dan memujuk untuk mengambil hutang. Keputusan dan kuasa untuk menjadi mangsa seperti biasa terletak di tangan anda sebagai pengguna yang berakal.




Bahagian 2
Kredit bukannya baik atau buruk. Kebanyakan kita akan terus menggunakan kredit tetapi kalau salah guna pasti akan datang masalah. Sekiranya ada masalah jangan putus asa kerana anda bukannya “gila shopping” tetapi Cuma tak tahu mengurus kredit. Dengan mengamalkan petua-petua dalam blog ini anda pasti boleh membetulkan haluan anda kea rah sekuriti kewangan.

Mari kita gunakan Carta Kawalan Kredit dan “Hukum 20 Peratus” untuk menentukan sejauh mana anda mampu mengawal hutang dalam perbelanjaan keluarga anda.

Carta Kawalan Kredit
Di bawah ialah satu jadual dipanggil Carta Kawalan Kredit. Ia boleh digunakan untuk membantu pengurusan kredit anda. Cuba masukkan butiran kredit anda dalam jadual ini

Tujuan Pinjaman Kredit
Sumber Kredit
Baki Hutang
Bilangan Ansuran Bulanan yang Masih tinggal
Peratus Kadar Faedah
Ansuran Bulanan
Perbelanjaan biasa
Kad Kredit A
Kad Kredit B
Pinjaman 1
Pinjaman 2






Tatacara Pengiraan Hukum 20 Peratus
1.       Tentukan pendapatan bersih (selepas ditolak semua perbelanjaan termasuk bayaran hutang) bulanan anda.
2.       Darabkan dengan 20% - katakana jawapan X
3.       Tentukan jumlah bayaran bulanan semua hutang sekarang-katakan Y (Dari Carta Kawalan Kredit)
4.       Sekiranya Y melebihi X maka kibarkan bendera MERAH tanda “TIADA HUTANG BARU”
5.       Sekiranya X melebihi Y anda boleh menambah hutang dengan SYARAT adanya kebaikan pada masa depan

Contohnya katakan pendapatan bersih RM2,000. Setelah didarab dengan 20% kita dapat RM400. Bayaran hutang secara bulanan semuanya berjumlah RM800. RM800 melebihi RM400 jika ikutkan panduan ini tak bolehlah tambah hutang baru lagi. Dari segi praktikal memang sukar untuk mengamalkan petua ini – kerana untuk masa depan keluarga kadang-kadang terpaksa juga ambil hutang baru.

Kemudahan mengambil kredit memang ada dimana-mana sama seperti aktiviti cetak rompak VCD dan DVD. Jadi sebelum menambah hutang tak kiralah samada perlu atau tidak, lakukanlah penilaian di bawah:

1.       Apakah barangan/perkhidmatan yang ingin dimiliki itu benar-benar diperlukan?
2.       Sekiranya diperlukan apakah kedudukan kewangan yang benar-benar mengizinkan?
3.       Apakah lebih baik jika simpan duit dan bayar tunai?
4.       Apakah siasatan harga dan kualiti telah dilakukan – mungkin ada pihak yang boleh menawarkanharga yang lebih murah atau system belian yang lebih sesuai?
5.       Apakah butiran dan syarat kontrak kredit berkenaan?
6.       Apakah yang bakal berlaku jika bayaran ansuran gagal dilakukan?
7.       Bandingkan jumlah kos belian – kalau dibayar tunai berbanding dengan bayran harga barang dicampur bunganya? Yang mana lebih rendah terutamanya jika barangan atau perkhidmatan di bawah “sale”?

Kita menggunakan carta kewangan kredit secara lebih meluas dalam artikel seterusnya.




Bahagian 3
Carta Kawalan Kredit (sila rujuk bahagian 2) bertujuan memaksa anda untuk melihat secara kritikal dan ukuran-ukuran (istilah rasmi ialah “metrics”) seperti bilangan kad kredit yang aktif, kategori/tujuan kegunaannya, kadar faedah setiap pinjaman dan yuran-yuran yang dikenakan. Selain hutang kad kredit, berikut ialah senarai butiran hutang yang boleh diisikan:

1.       Pinjaman pendidikan
2.       Pinjaman perumahan
3.       Pinjaman perniagaan
4.       Pinjaman peribadi
5.       Pinjaman pembesaran dan mencantikkan rumah
6.       Overdraft
7.       Pinjaman insurans
8.       Cukai pendapatan tertunggak
9.       Lain-lain bayaran ansuran seperti kereta dan rumah

Semasa mengisi butiran ke dalam carta elok juga senaraikan mengikut kadar pinjamannya – iaitu yang tertinggi di atas dan yang terendah di bawah. Kemudian bandingkan secara kategori dan kadar faedah masing-masing. Pilih yang berada di atas senarai tandakan (*) untuk memberitahu supaya membayar lebih daripada ansuran bulanan biasa.

Seterusnya kita lihat pula dari segi baki pinjaman. Lebih baik lagi kalau masa pinjaman berkenaan (yang bakinya paling kurang) dekat nak sampai. Contohnya katakana ada pinjaman X kurang berbanding Y yang masing-masing tinggal 2 bayaran dan 5 bayaran lagi. Kalau baki pinjaman X kurang berbanding Y maka eloklah selesaikan terus pinjaman X. kemudian bayaran ansuran X yang lama boleh ditambahkan kepada bayaran pinjaman lain seperti pinjaman Y tadi.

Lihat kembali Carta Kawalan tadi tetapi kali ini di bahagian kadar faedah. Cuba pergi “shopping” bukan shopping barang tetapi shopping untuk pakej pinjaman yang sama kategori tetapi kadar faedahnya lebih rendah.. kadang-kadang anda boleh memohon untuk menukar pakej jika anda mempunyai rekod pelanggan yang baik dan setia dengan institusi kewangan anda. Satu teknik dengan memindahkan baki kad kredit anda dari Visa Bank A ke Master Card Bank B di mana kadar faedah bank B lebih kompetatif. Lagi bagus kalau minta bank B supaya tidak mengenakan yuran pemindahan atau yuran tahunan permulaan.

(contoh pemindahan sedemikian dari kad kredit dengan faedah 18 peratus kepada serendah 14 peratus (untuk jangka masa yang tertentu) boleh membawa keuntungan sehingga RM50 sebulan. Tetapi jangan lupa menyemak syarat yang akan dikenakan institusi kewangan berkenaan)

Satu lagi strategi ialah menggunakan asset terkini untuk membayar hutang yang kadar faedahnya tinggi. Contohnya katakana ada tunai tambahan yang disimpan dalam ASB (pulangan 7-8%) atau simpanan tetap (pulangan 4%). Lebih elok jika tunai tadi digunakan untuk membayar hutang kad kredit yang faedahnya negetif 18 peratus. Anda sudahpun berupaya mendapat untung sebanyak 10 peratus (18 – 8). Tetapi pastikan tunai tabung kecemasan / back-up sudah disediakan.

Satu langkah yang boleh diambil ialah “refinance” hutang yang kosnya rendah untuk membayar hutang yang kosnya tinggi. Contohnya kalau baki pinjaman perumahan tinggal RM60,000 (kadar 8 peratus) dan hutang kad kredit RM10,000 (kadar 18 peratus), anda boleh refinance rumah dengan kadar RM75,000, dan gunakan RM15,000 tadi untuk “menghentam” terus hutang kad kredit tadi. Bolehlah tidur aman sikit. Tapi jangan lupa guntingkan semua kad kredit kecuali 1 sahaja, jika tidak penyakit lama akan datang kembali.

Kedudukan rekod kredit kita tidak seratus peratus bersih kecualilah baru mula selepas tamat persekolahan atau selepas mendapat Ijazah pertama. Ada diantara kita yang bernasib lebih malang sehinggakan kedudukan kredit menjadi agak tercemar. Apakah masih ada peluang untuk membaiki kedudukan kredit atau nasi yang telah menjadi bubur? Jawapannya – ya memang ada. Sebelum meneruskan pembacaan ini sedikit ingatan – ada di antara ayat-ayat yang berbunyi over tetapi sengaja ditulis di sini khususnya buat mereka yang memang mempunyai situasi sedemikian.

Bagaimana membaiki kedudukan Sejarah Kredit?
Pertama sekali cuba dapatkan pekerjaan secara sambilan dan kemudian upgrade diri sendiri sehingga berjaya mempunyai bukti pendapatan yang mantap. Kalau memang sudah lama bekerja sediakan satu penerangan bertulis tetang situasi kredit anda menghuraikan dengan jelas kedudukan kredit (biar buruk sekali pun) dan langkah yang anda akan ambil untuk memperbaikinya. Ceritakan sekali jika masalah anda disebabkan oleh penipuan atau kecurian kad kredit.

Jika memiliki beberapa kad kredit sebelum ini cuba selesaikan mana-mana baki hutang kad kredit dan selepas itu simpan satu sahaja. Ini akan menunjukkan kepada pihak penilai kredit bahawa pengguna kredit berkenaan akan menggunakan kredit dengan lebih berhati-hati di masa akan datang.

Buka satu akaun simpanan baru dengan pihak bank yang sedia memberikan kemudahan kredit kerana anda menjadi pelanggan mereka. Ini tidak akan berlaku serta-merta tetapi setelah anda membuktikan kesetiaan anda dengan menggunakan produk-produk bank tersebut. Jangan buka akaun kosong sahaja tetapi pastikan ada simpanan sistematik contohnya setiap bulan. Disamping bayar bil-bil perbelanjaan pada masanya. Sekiranya ada simpanan yang mencukupi anda sudah boleh membuka akaun semasa (pilih jenis yang tidak memerlukan penjamin seperti maybank2u.com). belajar menulis cek dan pastikan tiada cek tending.

Kombinasi semua aktiviti ini akan menunjukkan kepada pihak penilai kredit yang memang mampu menguruskan kredit anda. Kenapa?

1.       Pertama anda ada kredit kad yang terkawal urusniaganya
2.       Kedua ada bukti wang masuk setiap bulan sedang bertambah jumlahnya
3.       Ketiga ada bukti penggunaan yang teliti, maksudnya tiada cek tending dan jumlah minimum dalam akaun sentiasa dikekalkan
4.       Kemampuan anda membayar semua bil pada masanya.

Bersabar sedikit apabila mengamalkan langkah-langkah di atas kerana ia boleh mengambil masa 1 sehingga 2 tahun sebelum boleh mendabik dada. Sedikit pengecualian: kalau seorang itu difailkan di bawah kemuflisan. Proses di atas akan mengambil masa yang lama sedikit bergantung kepada situasi dah karenah mahkamah. Mereka yang berada hampir-hampir dalam ketegori ini eloklah memulakan semua langkah di atas serta mempraktikkan kaedah-kaedah yang akan saya huraikan dalam bab-bab seterusnya.



Bahagian 4
Bagaimana seseorang itu tidak mampu membayar bil-bil setiap bulan? Ini adalah tanda-tanda yang serius yang orang berkenaan telah hilang kawalan terhadap pengurusan kewangan. Setelah menerima hakikat bahawa masalah terlah berlaku, putuskan bil mana yang wajib dibayar dan bagaimana membayarnya. Berpandukan Carta Kawalan Kredit anda boleh melakukan perbandingan dengan mudah berdasarkan kepada parameter yang diberikan seperti baki hutang, ansuran bulanan yang tinggal dan peratus kadar faedah. Kebanyakan dari kita akan membuat keputusan ikut gerak hati atau berdasarkan berapa besar bil tersebut. Sebab itulah Carta Kawalan Kredit direkabentuk supaya pemilihan yang sistematik boleh dilakukan tanpa bergantung kepada emosi semata-mata.

Tetapi mungkin langkah di atas masih GAGAL dilaksanakan – cara terakhir ialah berkomunikasi dengan pemiutang yang terlibat. usah bersembunyi atau cuba mengelak kerana bangkai gajah tidak boleh ditudung dengan nyiru. Tetapi cara komunikasi kenalah mengikut adat agar martabat anda tidak tergadai disamping pemiutang pun tidak merasa marah. Pertamanya buat panggilan kepada pemiutang berkenaan secara professional (jangan terlalu beremosi). Huraikan masalah anda dan langkah terperinci yang sedang anda ambil untuk menyelesaikannya. Kalau boleh sediakan skrip di atas sekeping kertas sebelum menelefon. Pastikan penulisan skrip tersebut memihak kepada pemiutang yakni menggambarkan bagaimana anda mampu menyelesaikan masalah mereka bukannya masalah anda. Semasa menelefon sediakan sekeping kertas dan pen kerna dari segi praktik satu sessi “perbincangan” akan berlaku.

Setelah selesai perbincangan telefon tadi ucapkan tahniah kepada diri anda kerana telah mengatasi ketakutan dalaman. Tapi belum habis lagi – berdasarkan nota perbincangan tuliskan satu surat meringkaskan intipati perbincangan tersebut dan hantarkan kepada Pos Berdatar. Ini penting kerana 2 sebab:
1.       Meyakinkan pemiutang bahawa anda benar-benar serius dan tidak akan melarikan diri.
2.       Sebagai bukti untuk sebarang tindakan undang-undang kelak.

Seterusnya masri kita lihat apa yang boleh kita beritahu kepada pemiutang. Ingat bahawa kita sedang berusaha untuk memujuk pemiutang kita untuk bekerja sama bagi menghasilkan satu situasi “win-win”.

Idea Pertama
Membayar hutang-hutang yang paling penting untuk kesejahteraan keluarga contohnya sewa/ansuran rumah, barang runcit, api air dan telefon. Kalau boleh gunakan kereta sangat-sangat maka paksalah dibayar untuk mengelakkan tarik balik. Mungkin juga ada hutang-hutang yang telah ditolak siap-siap dari gaji hasil system penggajian majikan. Kalau bil-bil ini boleh ditangguhkan baguslah tetapi kalau tak dapat jelaska sahaja dalam surat anda.

Idea Kedua
Bandingkan kadar faedah tahunan semua hutang dan bayar yang kadarnya paling tinggi. Sebagai contoh kalau ada 2 pinjaman yang kadar faedah masing-masing ialah 6 peratus setahun dan 18 peratus setahun cuba bayarkanyag 18 peratus setahun dahulu.

Idea Ketiga
Mengamalkan strategi “debt consolidation” iaitu menggabungkan semua hutang di mana mungkin dan merombak kembali cara bayaran. Berikut konsep mudah (ingat dalam kes sebenar pengiraan yang lebih teliti diperlukan). Kuncinya ialah menghasilkan satu pinjaman baru daripada bank, koperasi atau peribadi dimana jumlah ansurannya lebih kecil daripada gabungan semua ansuran anda sekarang. Ini dapat dilakukan kerana jangkamasa pembayaran untuk pinjaman baru “ditarik” supaya lebih lama. Namun begitu kaedah ini mungkin akan menghasilkan jumlah pembayaran faedah yang lebih tinggi berdasarkan jangka masa pinjaman baru dan janganlah hasilkan hutang kad kredit baru. Maksud saya boleh guna kad kredit tetapi pastikan bayaran penuh dilakukan selepas 20 hari – jangan Cuma bayar minimum sahaja.

Satu perkara lagi yang perlu difikirkan ialah apakah asset yang anda akan gunakan sebagai sandaran kepada pinjaman baru tersebut. Pada kebiasaannya mereka yang mempunyai asset seperti rumah/hartanah masih di bawah skim pinjaman, rundingan untuk “refinance” boleh dilakukan. Dengan strategi “refinance” ini wang tunai boleh dihasilkan untuk membayar pemiutang.

Idea Keempat
Kaedah prorate – bayaran ansuran hutang prorate seperti berikut. Katakan pendapatan ialah RM1,000 sebulan – maka secara kasar (dengan menggunakan kadar selamat 20 peratus) jumlah wang boleh digunakan untuk mambayar hutang ialah RM200. Tetapi jika bayaran hutang sebenar adalah RM250 prorata seperti berikut – ambil RM200 (nilai yang mampu) bahagi kepada RM250 (ansuran sebenar). Jawapan ialah 80%. Darabkan peratusan ini dengan bayaran hutang contohnya kalau hutang A ialah RM100 bayarkan sebanyak RM80 (80 peratus x RM200) dulu. Begitu juga kalau hutang B ialah RM120 proratakan (80 peratus x 120 = RM96) dan bayar pemiutang berkenaan RM96.

Idea Kelima
Mendapatkan khidmat perancang kewangan untuk menjadi wakil bagi pihak anda dengan pemiutang. Ini boleh menjadikan taraf permohonan/rayuan anda menjadi “branded” dan pasti diberi perhatian oleh pihak berkenaan.

Dalam bab seterusnya saya akan berikan contoh surat-surat yang boleh digunakan untuk berhubung secara baik dengan pemiutang-pemiutang anda.



Bahagian Lima
Setelah mengetahui ubat-ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kredit mari kita lihat jenis-jenis hutang yang sering digunakan (dan di salahgunakan) oleh masyarakat kita.

Kebaikan Kredit
1.       Membayar barangan dan perkhidmatan
2.       Mengambil kesempatan di atas diskaun penjualan/pembelian secara pukal
3.       Mengatasi masalah kewangan bersifat sementara
4.       Berupaya “mencuba” barangan / perkhidmatan tanpa membayar tunai
5.       Menaikkan taraf kehidupan tanpa menunggu lama untuk membayar secara tunai
6.       Sebagai satu teknik untuk menggabungkan hutang-hutang kecil kepada satu hutang sahaja
7.       Satu kaedah untuk merangsang ekonomi Negara
8.       Melindungi sesuatu pembelian terhadap kemungkinan penipuan

Keburukan Kredit (Kemudahan Hutang)
1.       Menghapuskan perbandingan harga- secara tidak langsung menumpulkan keseronokan tawar menawar
2.       Kadang-kadang kontrak dan syarat kredit sukar difahami
3.       Ramai pengguna tidak menyedari nialai faedah/bunga yang sebenarnya dikenakan beserta dengan yuran-yuran yang dikenakan.
4.       Ramai pengguna tidak mahu membandingkan kredit tawar-menawar dengan pemberi kredit
5.       Kadang-kadang barang dan perkhidmatan mustahak yang dibeli terpaksa ditarik balik kerana gagal membayar ansuran
6.       Menggalakkan pembelian yang mengikut nafsu
7.       Kena bayar 2 kali – untuk barangan dan kos berhutang (bunga)
8.       Pendapatan akan datang terpaksa dikorbankan dan ini akan menjejaskan perancangan untuk perbelanjaan seharian
9.       Mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan
10.   Kadang-kadang barangan/perkhidmatan akan dibeli – yang pasti tidak terbeli kalau guna tunai
11.   Barangan yang dibeli mungkin tidak bertahan atau tidak digunakan untuk membayar keseluruhan hutang tersebut.

Sekarang kita kaji jenis-jenis hutang. Dengan memahami setiap satunya kita boleh mengeksploitasi kegunaannya disamping mengelak daripada membayar yuran-yuran yang tidak diperlukan.

Terdapat 4 Jenis Hutang
1.       Kredit perkhidmatan
2.       Kredit pinjaman
3.       Kredit ansuran
4.       Kredit kad

Kredit Perkhidmatan
Ia adalah kemudhan dalam bentuk bayaran bulanan untuk utility seperti telefon, elektrik dan air. Seringkali bayaran deposit diperlukan dan jika lambat membayar caj akan dikenakan.

Kredit Pinjaman
Ini merupakan satu kemudahan yang diberikan oleh gedung/kedai dalam bentuk skim pinjaman mudah. Peminjam membawa pulang baranganuntuk digunakan ke rumah dengan janji membayar balik. Contohnya seperti kereta, barangan elektrik dan perabut. Seperti Court Mammoth hanya perlu menandatangani kontrak, buat deposit kecil dan berikrar untuk membayar baki belian tadi dalam jangkamasa tertentu. Yuran dan faedah kesemuanya dimasukkan dalam pengiraan ansuran tadi. Cagarannya adalah barangan yang dibeli – sebab itu kalau tak bayar kena tarik balik.

Kad Kredit
Ini yang paling popular, sanagt berguna tetapi boleh menjadi “public enemy number one”. Kebaikannya ialah berperanan seperti pinjaman tanpa faedah (interest free loan) di samping dapat menerapkan ketiga-tiga jenis kredit di atas. Ia juga menjadi along elektronik di mana wang tunai boleh dihulurkan dari mesin ATM walaupun takda wang dalam akaun. Keburukannya banyak kalau disalahgunakan atau ketiadaan system pertahanan yang pengguna patut sediakan.

Jenis Kad Kredit
Kad seperti American Express dan Carte Blanche. Ia digunakan terutamanya untuk perjalanan, perbelanjaan dan hiburan. Jenis ini akan mengenakan yuran tahunan dan semua hutang mesti dibayar penuh disetiap hujung bulan. Jadi kadar faedah tidak dikenakan. Sesuai untuk mereka yang kaki belanja tapi berdisplin membayar sepenuhnya dan mahukan prestij.

Kad yang ditawarkan seperti Visa dan Mastercard. Biasanya mengenakan yuran tahunan dan kadar faedah terhadap tunggakan hutang. Kadar faedah ini amat tinggi (sekitar 18 peratus setahun). Sandaran tidak diperlukan seperti pinjaman perumahan kerana bank menganggap janji anda sebagai ikatan dan juga kerana kebarangkalian seseorang pengguna untuk terperangkap dalam pasir jerlus yang dipasang agak tinggi. “Pasir Jerlus” ini dikenali sebagai konsep “revolving credit” atau konsep pusingan kredit.

Pusinga kredit inilah yang akan memerangkap pengguna yang tidak sedar supaya membayar faedah 18% sebagai hasil kepada bank tadi. Seberapa banyak yang dibayar hutang seolah-olah tak habis-habis atau menyusut dengan begitu perlahan sekali. Sebab itulah iklan-iklan giat ditembak kepada pengguna untuk memohon kad kredit secepat mungkin dan kaedah pemprosesan pun cepat.

Pusingan kredit maksudnya – pengguna dibenarkan berbelanja sesuka hati tetapi dihadkan oleh satu limit katakan RM3,000 (untuk mereka yang mempunyai pendapatan tinggihad limit ini boleh “dibuka” sehingga RM50,000). Kemudian kalau tak mampu bayar penuh boleh bayar pada peratusan tertentu daripada jumlah hutang yang tertunggak. Ini dipanggil sebagai jumlah minimum pembayaran yang diwajibkan. Akaun tidak akan ditutup atau tindakan undang-undang tidak akan diambil jikalau jumlah minima ini dilangsaikan setiap bulan. Disinilah letaknya racun yang akan menyerap perlahan-lahan. Pengguna akan dikenakan 2 jenis faedah – satu untuk baki belum dibayar dan satu lagi bunga di atas bunga bulan lepas.

Sekiranya pengguna tidak terperangkap dalam “revolving credit” ini dan membayar senuh setiap kali samapai masanya maka kad kredit boleh menjadi satu akaun kewangan yang berguna contohnya:

1.       Sebagai langkah terakhir untuk mendapatkan wang tunai segera
2.       Membayar doctor yang memerlukan bayaran segera
3.       Sebagai bukti pengenalan untuk untuk menunaikan cek
4.       Membayar perkhidmatan kecemasan tatkala diluar negeri
5.       Menyewa kereta
6.       Menjamin bilik hotel
7.       Sebagai satu kaedah menggunakan duit bank selama 20 hari secara percuma

Kalau tidak faham contoh 7 diatas, berikut peneranganya. Katakana anda tiada wang sekarang dan sedang tunggu duit gaji hujung bulan, anda perlu membeli satu barangan konputer yang ditawarkan pada diskaun 60% tetapi kena beli sekarang kerana ada 3 item lagi sebelum kehabisan stok. Barangan ini pula ada jaminan pulangan kembali kalau tidak puas hati. Kalau ada kad kredit anda boleh beli dahulu dan bayar selepas 20 hari tarikh penyata dikeluarkan (bukan tarikh belian). Dalam tempoh ini tiada bunga dikenakan. Kalau anda tidak berpuas hati dengan barangan tersebut dan pulangkan balik anda tidak akan dicaj kerana pihak penjual akan membuat urusan dengan syarikat kad kredit untuk membatalkan traksasi tersebut.

Tindakan Susulan:
Kebebasan kewangan yang sebenar bukan bergantung kepada berapa banyak manawang kita miliki. Sebaliknya ia berlaku apabila kita mempunyai kuasa untuk mengatasi kebimbangan atau masalah akibat kekurangan wang. Sila kenal pasti dahulu apakah penyakit kewangan anda. Kemudian dengan bekalan maklumat setakat ini mulalah mengorak langkah sendiri atau lebih baik lagi gunakan bantuan penasihat professional. Baca semula blog ini untuk mencari jalan bagaimana untuk mempraktikkan petua atau rahsia yang terkandung di dalamnya.

Rujukan: Majalah Mingguan Wanita