Monday, 26 September 2011

Jadi Jutawan Bersama Unit Amanah


Click to Enlarge
Simpan dengan cara anda sendiri sehingga menjadi jutawan. Bagaimana ianya boleh direalisasikan?

Jadual di atas menunjukkan pengiraan pelaburan di dalam unit amanah yang merujuk kepada peringkat umur pelaburan sehinggalah umur berpencen 56 tahun atau 60 tahun dan berpandukan dividen serta bonus unit amanah berpuratakan 10% setahun.

Simpanan Pelaburan pada umur 25 tahun digalakkan membuat simpanan sebanyak RM443 sebulan dan jumlah simpanan sehingga bersara pada umur 60 tahun adalah RM159k. Jumlah keuntungan yang akan diperolehi hanya berpandukan 10% dividen dan bonus setahun adalah bersamaan RM840k, oleh yang demikian jumlah keseluruhan simpanan pelaburan yang dibuat dan jumlah keuntungan yang diterima memberikan anda sebagai jutawan. HHHmmmmm.... banyak tu untuk simpan RM400 sebulan. Bagaimana kaedah untuk menyimpan dengan nilai tersebut? mudah sahaja, kepada mereka yang tidak bekerja di sektor awam amat mudah, kerana KWSP memberikan kemudahan mengeluarkan simpanan di dalam AKAUN 1 untuk di laburkan di dalam mana-mana unit amanah di Malaysia ini.

Bagaimanakah ianya berlaku dengan simpanan RM400 sebulan? Simpanan dengan menggunakan AKAUN 1 KWSP umpama simpanan yang dibuat untuk masa depan tanpa mengganggu gugat duit poket gaji anda... adakah ini amat berbaloi? Ya... itu yang menjadi kepentingan dan kehendak masyarakat Malaysia ini... betul ke?.... Kemudahan ini amatlah bertepatan dengan kadar ekonomi semasa yang tidak menentukan ini dengan perlambungan kadar inflasi dan pelbagai lagi... (Sila Rujuk Artikel Miskin selepas Pencen). 

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pengeluaran AKAUN 1 KWSP ini, anda boleh click ke tajuk utama KWSP pada menu bar yang disediakan di atas. Sebarang Pertanyaan bolehlah hubungi kami di menu bar Contact yang disediakan... Sekian...

No comments:

Post a Comment